dulu, kini dan selepas ini..
Hampir 1400 tahun dahulu, cahaya yang kita ada, masih pada tahap benih. Benih bukan sebarangan benih. Kemungkinan itulah peringkat benih yang paling subur. Dan ia terus membesar dengan subur. Andai kata dijual, TIDAK!!!!Tidak akan ia dijual sungguhpun satu dunia ini sebagai tawaran.. Dan aku sanggup bermandikan darah mempertahankannya..
Namun apa yang saya lihat sekarang, seringkali saya berasa keliru.
Siapa yang perlu dipersalahkan atas fitnah yang semakin lama semakin menular dikalangan kita? Ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh, dipandang dengan sebelah mata, atau diasingkan dari apa yang sedang kita lakukan pada setiap hari. Jika dulu,
Puasa dikatakan menguatkan badan. tapi ia kini menjadi penghalang bagi melakukan sesuatu dengan segala kudrat yang ada. Mungkin ini hanya menular di kalangan orang orang kita sahaja. Harap - harap.
Namun, terdapat sesuatu yang saya tertanya - tanya setiap kali terlintasnya ia di hadapan salah satu deria saya. Islam yang kita anuti ini dalam keadaan di fitnah. kenapa? Contoh? Di mata dunia, Islam di anggap sebagai pengganas. Kenapa? Mungkinkah salah langkah dari segelintir
mereka yang ingin menegakkan Islam kembali? Atau hanya sekadar propaganda yang diberi impak yang sangat hebat.?
Oh ya, bercakap tentang poropaganda, mungkinkah propaganda itu disebar oleh mereka di kalangan kita? atau di kalangan mereka?Hmmm, Jika kita lihat di rangkaian televisyen yang ada, terutamanya saya ingin fokuskan kepada filem - filem hollywood yang mendapat sambutan dari kalangan kita. Mereka juga turut menggunakan 'title' Islam adalah pengganas. Namun begitu, siapa yang perlu dipersalahkan?
Apabila mereka melihat adegan adegan yang berkaitan dengan perkara itu, Mungkin mereka akan mencaci pihak penerbit kerana membenarkan adegan sebegitu ditayangkan. Mencaci pengarah kerana bermain dengan isu sensitif.
Maka di sini, saya ingin sekali mengajak kita semua berfikir. Fikir apa? Fikirlah tentang mengapa ini semua berlaku. Dan bila buah fikiran mula terhasil, bagi setiap perkara yang difikirkan, dan kepada siapa ingin dilontarkan, selalulah berbalik kepada diri kita. Dan bagi setiap komplikasi yang dihadapi, sentiasalah merujuk. Merujuk??!
Ingatlah, bagi setiap yang berlaku di hadapan kita, yang menjadi fitnah kepada orang lain, perkara lain, akan ditanya. Maka bersedialah..
Monday, November 26, 2007
Monday, November 19, 2007
sejauh mane langkahku??
Wah!! sudah lebih dua minggu diri ini tidak mendapat bi'ah seperti bulan bulan yang lepas.
Diri yang selama ini telah menjalani tarbiyah yang berkesan, di tambah nya lagi dengan suasana yang mendorong diri ini untuk terus komit dengan apa yang dibawa selama ini.
Dengan itu, lahirlah sebuah azam. Azam yang akan menentukan setiap langkah dan halatuju ku di tempat yang mempunyai bi'ah yang berlawanan dengan apa yang telah diri ini lalui.
Seperti yang dijangkakan, azamku begitu mudah luntur. Dan ia sedang luntur. Dan makin luntur. Semakin malap. Dan apa yang saya paling takut, ia akan hilang.
'' Ya Allah, andai kata diri ini telah dilahirkan untuk mengenali diriMu, dan Kau memberiku peluang untuk terus mendalami apa yang telah dibawa oleh utusanMu. Maka Kau berikanlah aku peluang untuk terus membawa apa yang telah Kau berikan kepadaku. Atas dasar ini, biarlah aku berjalan di atas bumi ini dengan namaMu. DAN BEKERJA DEMI AGAMAMU. Dan aku sedar, aku tidak mampu untuk melakukannya bersendirian, menongkah arus duniawi ini sendiri. Maka Kau kurniakanlah kepadaku, ikhwah yang mampu membantuku. Dan jadikanlah kami bertemu demi Mu, Moga moga kami akan bertemu sekali lagi di syurga firdaus, tempat yang dijanjikan bagi para anbiya', para syuhada', dan mereka yang soleh.
''YA ARHAMAR RAHIMIN
YA ARHAMAR RAHIMIN
YA ARHAMAR RAHIMIN
IRHAMNA''
amin ya RABBAL ALAMIN
Subscribe to:
Posts (Atom)