Friday, February 8, 2008

Dunia menanti pewarisnya,





Tanggal 12 Febuari 1949,,

Setelah selesai subuh beliau, ikhwah – ikhwah telah mengelilingi beliau. Ketika itu beliau berkata dengan wajah yang tersenyum dan memandang semua yang berada di sekeliling beliau ‘Aku telah bermimpi bahawa Ali karamallahuwajhah telah datang kepadaku dan beliau berkata: wahai Hassan, tugasmu telah selesai, engkau telah membayar kewajipanmu, moga amalanmu diterima Tuhan’.

Pada petangnya, beliau telah keluar dari rumahnya bertemankan Ustaz Abdul Kadim Mansur. Ketika hendak keluar, pergerakan beliau telah terhenti sejenak lalu memandang semula ahli – ahli rumah beliau. Buat kali terakhirnya.

Bila malam menjelma, di suatu tempat, beliau sedang menanti teksi untuk pulang ke rumah. Kelihatan jalan yang sedang dituggu beliau berada dalam keadaan sunyi, dan gelap. Melainkan beberapa teksi yang kelihatan sedang menunggu beliau.

Sebaik sahaja beliau menahan teksi, pemandu teksi tersebut telah melepaskan bertubi – tubi das tembakan ke arah beliau. Sebaik sahaja beliau jatuh di atas jalanan itu, ambulans telah datang untuk membawa beliau ke hospital. Atas arahan pemerintah pada masa itu, beliau telah dibiarkan sehingga menemui kesyahidan beliau dengan terlantar tanpa di beri sebarang rawatan.

Sementara di rumah beliau pula, putera beliau,Saiful Islam, telah terjaga dari labuhan mimpi. Fikirannya telah melayang entah ke mana. Memikirkan keadaan ayahnya yang masih belum pulang. Lalu dibacanya Al – Qur’an untuk mententeramkan hati yang dalam keadaan gundah gelana.

Tiba – tiba, terdengar bunyi kenderaan yang berhenti di hadapan rumahnya. Diiringi dengan bunyi seseorng yang memasuki rumah mereka. Bila di nyalakan lampu, kelihatan mereka dari angkatan tentera sedang membawa keranda berisikan jenazah seorang yang telah menggerunkan kerajaan semasa di Negara itu. Maka berlakulah sedikit kekasaran ketika itu.

Di luar rumah itu, angkatan tentera telah mengepung rumah tersebut. Di dalamnya pula berlaku pertengkaran di antara ayah As-Syahid dan anggota tentera tersebut.

‘Tiada siapa yang bisa mengurus jenazah ini melainkan ahli keluarganya!!’

Itulah poin yang ingin diketengahkan mereka(pihak tentera).

Maka diuruslah jenazah As-Syahid oleh ayah beliau dan putera, serta puteri – puterinya. Tidak dilupakan juga beberapa akhwat juga turut membantu. Dengan keadaan Isteri beliau yang sedang berada di hospital ekoran bayi baru yang akan ditimangnya, hanya rahmat Allah sahajalah yang menjadi penguat semangat.

Setelah selesai solat jenazah yang hanya dilakukan oleh si ayah dan si anak lelakinya, mereka di beritahu bahawa mereka tidak boleh dikunjungi oleh sesiapa pun yang berhajat untuk berlaku sedemikian. Termasuklah untuk sekadar mengucapkan takziah. Hanya Allah yang dapat membalas segalka usaha beliau dalam mengembalikan Islam seperti mana pada awal – awal hijrah dulu




Kupisan dari,
Majalah kullu Syaii’ (1952)
---------------------------------------
dikala dunia sedang bergolak dengan urusan yang langsung tidak membina peribadi,
marilah kita bersama menyahut, menyambung risalah anbiya melalui apa yang telah direalisasikan oleh As-Syahid.
jika bukan kita, siapa lagi??