Wednesday, May 28, 2008

Suara hatinya,

Wahai ikhwah - ikhwah sekalian. Kalian dengarkanlah suara hati yang agak sukar untuk diterjemahkan ke dalam tulisan tangan ini. Itulah kelemahan kita, sebagai manusia, yang ternyata mempunyai had sebagai seorang hamba.



*



YA ALLAH, HADIRNYA AKU PADA HARI INI, ATAS KERISAUANKU, KETAKUTANKU AKAN AZABMU. TERKADANG AKU MENYOAL DIRIKU. DI MANAKAH KAU? DIMANAKAH KAU DALAM DIRIKU? ADAKAH INI BERMAKSUD HILANGYA CAHAYA ADDIN INI DALAM DADA KU? APAKAH IA DISEBABKAN AKU INI YANG TERLALU MENGKUFURI NIKMATMU?





YA ALLAH, SUKARNYA HATI INI UNTUK MENTAKUTI MU. SUKARNYA HATI INI UNTUK BERGETAR BILA AYAT MU DIDENGARKAN. MAKA , DI ATAS CIPTAAN TANAH MU INI, AKU SEDAR. BAHAWA YANG AKU PIJAK INI, AKAN MENJADI RUMAH AKU SEBELUM BERJUMPA DENGAN MU.


YA ALLAH, ADAKAH BAGI DIRI KU INI, TIDAK CUKUP DENGAN MAUT SEBAGAI PERINGATAN? APAKAH HATI INI TELAH TERLALU GELAP, SEHINGGA MENGGELAPKAN HATI - HATI YANG LAIN? DALAM KEADAAN AKU YANG MASIH TIDAK MEMPUNYAI BEKALAN YANG CUKUP UNTUK DIPESEMBAHKAN KEPADA MU, AKU POHON AGAR KAU MEMBENARKAN AKU UNTUK MENGHUNI SYURGA MU. KAU PERMUDAHKANLAH URUSANKU, DAN JUGA MEREKA YANG SEMATLAMAT DENGAN KU.












YA ALLAH, DIHADAPAN MU, AKU BERSAKSIKAN HAMBA - HAMBA MU, YANG HANYA SEGELINTIR SAHAJA BEKERJA UNTUKMU. AKU POHON KEPADAMU, GOLONGKANLAH AKU DI KALANGAN MEREKA. YANG SANGGUP MENGETEPIKAN APA YANG DUNIA TAWARKAN KEPADA MEREKA. DAN HIDUP HANYALAH UNTUK AGAMAMU, UNTUK MU.




YA ALLAH. BENARKAH BEBAN UMAT MUHAMMAD INI, LEBIH BERAT DARI KAUM - KAUM TERDAHULU? KETAHUILAH SESUNGGUHNYA, AKU TAK TERDAYA, MEMIKUL SEGALA BEBANAN INI KESEORANGAN. ATAU,




MANAKAH SILAPKU DIJALAN MU INI ? ADAKAH AKU INI, SEMEMANGYA TIDAK LAYAK? AKU MOHON YA ALLAH. BANTULAH AKU , SEHINGGA AKU SEBENARNYA LAYAK DIGELAR HAMBA MU.




YA ALLAH. AKU MEMOHON, MERAYU AKAN REDHA SYURGAMU. SUNGGUHPUN AKU TERUS HIDUP UNTUK AGAMAMU, NAMUN AKU MENGHARAPKAN AGAR PENGAKHIRAN YANG THABAT DI ATAS JALAN MU INI. TIADA YANG LEBIH AGUNG DARI MATI DI JALAN MU.




YA ALLAH. KAU BANTULAH UMAT MUHAMMAD, KEKASIH KAU. BERIKANLAH MEREKA HIDAYAH, SEUNGGUHNYA MEREKA TIDAK MENGETAHUI.




AMIN. ya rabbal a'lamin.

Tuesday, May 27, 2008

Agenda dunia.

Sebaik sahaja kita membuka mata, apakah yang kita fikirkan? Mimpi yang telah kita alami sewaktu tidur? Atau hanya termenung, berangan - angan tentang suatu fantasi. Namun kebanyakan dari kita akan memikirkan tentang apa yang akan di buat selepas itu. Seolah olah menyusun jadual hari itu, dari saat itu sehingga tidur kembali secara spontan.
Itulah dunia. Semakin hari, semakin sarat dengan agenda individu masing - masing. Kemana hala tuju agenda mereka? Jika tidak kepada Allah, maka ia adalah sekadar memenuhi kehidupan seharian yang tidak akan menjadi lebih daripada rutin. Alangkah ruginya kita, mensiakan peluang dari memperoleh pahala seorang saudagar niat, kepada seorang yang membazir masa dengan rutinnya yang menjadi tabiat sahaja.
Jika kita berdiri di tengah bandar yang sedang sesak, mereka yang disekeliling kita, berjalan, berlari, merangkak? Masing masing ada hala tuju masing - masing. Mempunyai kehidupan masing - masing. Dan dari kalangan mereka itu, hanya berapa kerat sahaja. Dan ini bisa jelas kelihatan. Bagaimana? Boleh sahaja difikirkan bagi mereka yang mencari (adakah anda dari golongan yang mencari?)
Bila kita yang memerhati, dan perasan bahawa perkara sebegini sedang berlaku. Apa yang kita lakukan? Di sinilah peranan kita dalam mengagendakan mereka, demi menghadapi dunia, untuk akhirat. Bagaimana kita hendak bermula? Dari mana?
Segalanya bermula dari diri sendiri. Sekiranya diri ini inginkan pengakhiran yang menyenangkan, maka perlulah bermula dari sekarang. Mereka yang bertangguh, akan myusahkan orang lain, dan bermain dengan diri mereka sahaja. Hanya ada dua pilihan, neraka, atau syurga. Dari itu, coraklah kehidupan kita sehingga mati, untuk salah satu dari itu.



Monday, May 26, 2008

akhir kita,




(pastikan anda menonton klip ini sebelum meneruskan bacaan)




DI atas merupakan sedutan dari satu movie, yang diadaptasi dari sebuah novel. Kebanyakan dari kita akan mula menitiskan air mata dengan peleraian filem ini. Biasalah, babak sedih. Saya berasa begitu kagum bagaimana sesuatu babak yang tiada kaitan dengan penonton itu, mampu menyentuh dalaman mereka sehingga menitiskan air mata. Di tambahnya lagi dengan background music, maka mesej sebegini, lebih mudah disampaikan. Kadang kala sesuatu benda seperti ini dikatakan sebagasi satu benda yang sia - sia, lagha, dan tidak perlu di sibukkan sangat kerana, secara zahirnya, tidak kelihatan sesuatu yang amat perlu bagi waqi' kita.


Namun begitu, pandanglah segala apa yang ada ada sekeliling kita dengan mata yang mencari tarbiyyah islamiyyah. Jika kita lihat di klip diatas, alangkah baiknya, jika kita dapat menitiskan airmata, yang mendekatkan kita dengan Allah s.w.t. Satu benda yang kita sertakan dengan perasaan risau di dalam hati yang dicampur dengan perasaan sedih dan syukur. Dan inilah perasaan yang sepatutnya ada pada seorang yang bergelar muslim, dan dai'e secara khususnya.


Jika kita lihat, Maria merupakan seorang muallaf yang telah bergaul dengan kehidupan orang muslim. Dan akhirnya dia memeluk Islam kerana perkahwinan (adakah lebih sesuai ditulis disini dia menerima hidayah?). Maka satu persoalan yang timbul. Adakah kita sendiri, ingin menunggu sehingga saat - saat sebegini , baru ingin mendapat hidayah? KETAHUILAH! hidayah itu tidak akan datang melainkan dengan usaha manusia itu sendiri. Namun, Jika Dia mengkehendakinya, siapa yang mampu menghalang?


Risau. Bagaimana mengadaptasi sedemikian perasaan?


Jika dilihat, meninggal dalam keadaan seorang yang muallaf, dan dalam keadaan solat, apakah kita tidak merasakan sesuatu di dalam sanubari? RISAULAH! Risaulah kamu dari sekarang. kerana kita sendiri tidak tahu bila ajal akan datang menjemput kita. dan alangkah malangnya kita, sekiranya kita dijemput dalam keadaan kita sendiri, sedang lalai, walaupun sebentar. Dan berdoalah, bersedialah, dan terus beramal agar kita sendiri dapat terus thabat di jalan ini. Dan jika gugur, moga - moga tidak gugur di simpang - simpang jalan tersebut.


Bagaimana pula dengan sedih? Apakah yang ingin di sedihkan???


Bersedihlah kita kerana tidak ramai yang mampu merasakan apa yang kita rasakan di dalam setiap apa yang kita lihat. Kasihan kita melihatkan mereka yang tidak diberikan sedikit cahaya untuk terus berada di jalan yang benar. Dan amatlah sedih jika kita tergugur, dan na'uzubillahiminzhalik, jika kita menolak diri dari menerima hidayah.

Risalah pendek ini sebenarnya hanyalah sedikit luahan hati yang saya cuba untuk menterjemahkan ke dalam perkataan. Kadang yang tersirat itu hanya Allah sahaja yang mengetahui. Dan juga mereka yang mencari.

Sunday, May 25, 2008

apa pandangan anda?

‘TAGHYIR’ adalah perkataan dalam bahasa Arab, membawa maksud ‘perubahan’. Justeru penyertaan lapan anak muda dari Sekolah Menengah Islam Hira, Batu 18 Jeram, Kuala Selangor yang tampil buat kali pertama di Karnival Futsal i-Metro, Zon Tengah bertekad untuk membawa impak perubahan kepada pasukan itu.Biarpun tidak mendapat bimbingan daripada jurulatih, pasukan yang dikenali Taghyir FC itu dibarisi lapan pemain bertekad menyempurnakan misi serampang dua mata.Bagi kapten pasukan, Amirul Aiman Muhammad Kamal, 18, berkata dia mahu memastikan barisan Taghyir FC dapat mempamerkan bakat masing-masing selain membuktikan tiada halangan dalam bersukan biarpun bergelar tahfiz Al-Quran.
Menyedari setiap pemain pasukan itu mempunyai bakat terpendam, Amirul sedar hanya dengan menyertai pertandingan dapat membuka minda setiap pemain terhadap kemampuan mereka.
“Maksud Taghyir adalah perubahan. Kami mahu membawa perubahan dalam diri kami dan juga corak permainan kami. Kalau boleh kami mahu melangkah ke Grand Final dan muncul juara Zon Tengah.“Biarpun tanpa bantuan jurulatih, kami yakin boleh berjaya kerana kami mempunyai skil dan kelebihan sendiri,” kata Amirul yang pernah terpilih untuk menjalani latihan futsal negara bawah 20 tahun.Katanya, biarpun tidak dapat membarisi pasukan itu kerana melepasi had umur yang dibenarkan, dia akan tetap memberi sokongan pada kepada pasukan berkenaan.“Pemain pasukan ini menjalani latihan setiap hari. Mengikut jadual asrama, setiap pelajar akan bangun pada pukul empat pagi untuk sembahyang tahajud dan selepas itu, kami beramai-ramai akan turun menjalani latihan.“Biarpun tidak di atas gelanggang sebenar, asalkan ada ruang untuk bermain bola, kami akan turun berlatih. Tak kisah di atas jalan raya atau rumput,” katanya. Namun penyertaan mereka tidak semudah yang disangkakan apabila dua pemain pasukan itu terpaksa menarik diri kerana mempunyai komitmen dengan kegiatan sekolah. Begitupun, perkara itu tidak mematahkan semangat mereka untuk berjuang

Saturday, May 24, 2008

The silent killer, that can really kill.

Dia tersentak dari tidurnya. "baru pukul 5.30, seminit je lagi..."


Mata dilelapkan semula. nampaknya bantal dantilam empuk menjadi keutamaan ketika ini.





Sinar matahari kelihatan menusuk mata. Antara ingin dan tidak, mata terpaksa di buka.


kalau kat sekolah, time ni, kt musolla. tgh solat dhuha.. Tapi lapar ah..





Langkahnya terus menuju ke tangga,dan ke tingkat bawah. Kelihatan makanan yang agaknya, berusia 2 - 3 jam. Maka bersarapanlah ia dengan penuh khusyu'.






eh, aku tak solat subuh lagi!!.. emmm,

xpe ah.. nanti qadha time solat zohor..



Sementara menanti, kaki dilangkah ke komputer . Icon mozilla di desktop ditekan. Tidak dilupakan ym juga. Kebosanan yang melanda, menyebabkan dia membuat sesuatu yang tidak akan ia lakukan di sekolah. Di tegut oleh seorang akhwat.

alaa, takpe, bukan selalu pun. macamlah nanti nk jumpe pastu nk zina ke ape ke..

Perbualan yang meleret sehingga azan Zohor, menyebabkan dia tidak dapat ke surau untuk solat berjemaah. Dan perut mula terasa lapar Lalu di cari apa yang boleh untuk menjadi alas perut sehingga tiba makan malam.

Antara sedar dan tidak sedar, kelihatan, jam sudah menunjukkan pukul 5.30

wei Karim, cepat dowh. sume dh tgu kau ni.. jgn lupe bawak bola skali

segera dia ke padang dengan sepantas mungkin. Maka bermainlah ia sehingga matahari tidak lagi kelihatan di ufuk langit.

Sambil pulang ke rumah,

Eh, aku tak solat zohor ngn Asar lagi ni!!! Maghrib dah masuk. ahrgh.. senang qadha sume time waktu qiam nnt

Sebaik tiba dirumah, baju ditanggal dan mandilah ia. Maka kedengaranlah suara sumbang dari bilik air itu.

Keluar sahaja dari bilik air,

Tu azan Isya' ke? haish cane ni.. takpe2. tido sekarang. nnt bgn qiam qadha sekali ngn 17 rakaat ari ni.

Dan tidurlah ia sehingga jam menunjukkan 6.00 pagi..

*
Inilah realiti diri kita. cuti yang mampu membubnuh iman kita. Maka , Berdoalah, semoga roh dan jasad kita tidak terpisah sewaktu iman kita sedang dirobak. wallahua'lam

Friday, May 2, 2008

Cebisan Syurga,

Seorang murabbi pernah berkata,



'Kau ingat, kau boleh masuk syurga ke?'




seorang mutarabbi pula,




'antum ingat, antum kalo camni , boleh masuk syurga ke?'






Allah pula berkata,




'Adakah kamu bilang kamu akan masuk ke dalam syurga? Sedangkan kau belum di uji sepertimana mereka - mereka yang terdahulu? Mereka dihalau, disiksa, dan digegarkan. Sehingga mereka berkata kepada rasul dan mereka yang beriman bersama mereka, 'bilakah pertolongan Allah?' sesungguhnya pertolongan Allah itu hampir'




Demikianlah ketetapan Allah yang telah ditetapkan bagi hamba - hambaNya. Ramai dari golongan kita merasakan bahawa diri mereka sudah cukup untuk memasuki Syurga. Dengan merujuk kepada Qur'an yang menyatakan bahawa ahli Syurga Firdaus adalah dari golongan nabi, syuhada', dan solihin. Maka dengan ini, dimanakah nilai kita?? Apakah diri kita mempunyai satu had minima yang dikehendaki untuk memasuki syurga?


Maka, konklusi yang ingin saya ketengahkan kali ini, adalah satu perasaan yang kita perlu ada sebagai seorang mukmin.


Ianya adalah tidak lain tidak bukan, iaitu perasaan tidak cukup dengan amal fardi sahaja . Mukmin itu umpama batu bata. Mampu membina bangunan yang tinggi lagi kukuh dan bermanfaat kepada orang lain. Namun, mereka yang merasakan cukup dengan merasakan cukup dengan amal fardinya, maka mereka diibaratkan seperti batu yang berada di tepi jalan. Orang tahu akan kewujudannya. Tapi diendahkan sahaja.


Hendak taknak, seluruh kehidupan kita mestilah diusahakan dengan amal mengajak orang kepada Islam. supaya ia tidak menghalang kita untuk ke syurga kelak.


Apakah ujian kita kini, senilai dengan ujian mereka mereka yang terdahulu? Sedarlah bahawa ujian kita pada hari ini adalah lebih berat. Tetapi hakikat muslim kini, mereka merasakan seolah olah mereka tidak memikul apa - apa bebanan.


na'uzubillahiminzhalik,















ISLAM TAK BERSALAH!!


Ketika semua orang sedang ber-reasel untuk satu acara yang besar, saya sedang berada di sebuah tempat. Panas, namun berbaloi. Tentera di hadapan saya, skrin monitor yang berukuran dua jengkal. Kelihatan sedang ditayangkan, adalah satu filem ringkas(lebih kepada dokumentari) yang telah dikeluarkan atas arahan Wilders.

Dengan menafsirkan beberapa Ayat-ayat Al-Qur'an bacaan Sudais dan beberapa tokoh yang di ambil rakamannya dari bahagian tertentu sahaja, Wilders mahukan dunia tahu akan kebenciannya terhadap Islam.' Andai kata ingin terus hidup di sini(Belanda), koyakkan separuh dari Al-Qur'an itu'. Demikianlah apa yang di katakannya.

Semasa menontonnya buat pertama kalinya bersama beberapa orang rakan, saya tertanya tanya,

Apa salah Islam?
Islam adalah satu agama yang telah diturunkan oleh Allah, yang tiada padanya sebarang tokok tambah dari aqal manusia yang terbatas. Maka ia adalah satu agama yang telah dicipta untuk kebaikan manusia itu sendiri. Namun, hakikat manusia kini, kelihatan nafsu mereka yang terdahulu telah berjaya untuk membuat generasi kini menoleh kepada apa yang mereka. Dan merasakan bahawa peraturan manusia yang penuh dengan nafsu itu adalah terbaik untuk mereka.
Bila mereka akan toleh ke sini semula?
Itu tugas kita. mereka yang telah Allah kurniakan sedikit ilham tetang kaifiyah untuk mendapatkan redhaNya. Maka, perjalanan yang jauh ini, kita laluinya bersama. Janganlah sampai satu masa kita berjalan di tengah masyarakat dengan senyum kepada diri(sahaja) yang tidak seperti ada apa - apa yang salah telah dilakukan.
Selagi mereka begitu, seandainya kita berdiam diri sahaja. Tuggulah apa yang bakal kita rasakan di sana. Fitnah yang sedang menular untuk Islam ini, semakin hari, semakin menjadi - jadi. Sungguhpun kita sedang melakukan sesuatu, ada yang telah nampak akan hasanah tersebut, tetapi dunia tidak. Maka ia akan memburukkan lagi Islam ini..
Islam takkan bangkit dengan kita berdoa 24/7 sahaja. Ia akan terjadi dengan amal usaha manusia yang senilai dengan realiti dunia sekarang. Maka kita dapat lihat disini, bahawasanya usaha kita tidaklah seberapa. Dengan tidak seberapa, bagaimana hendak hilangkan fitnah ini??