*
Ketika itu, dia dalam perjalanan pulang. Sambil menunggu bas u80 untuk dinaikinya ke Shah Alam, dia bermonolog. Hampir setengah hari itu dihabisinya untuk mengagendakan diri ketika cuti sebegini. apakah ia berbaloi? Sendi - sendinya pula bagaikan ingin tercabut. Lalu di urutnya sedikit dengan harapan, urutan itu dapat membantu dia meneruskan perjalanan pulang. Lantas, melihatkan masyarakat yang sememangnya hampir melupakan Tuhan mereka, ber'uzlah dia bersama fikirannya. Moga Allah memeliharanya dari sebarang ancaman torehan iman.
Pukul 7.30 pagi, ibunya mengajak ke ss18 untuk menghantar abangnya ke sekolah. Ketika abangnya menyalam sambil mencium pipi ibu mereka, dia menyapa sekeliling kawasan sekolah tersebut. Wahh, begini sekali keadaan kerenah rakan - rakan abangku!
Sesudah itu, dia dihantar untuk ke Sentral Kuala Lumpur. Dalam perjalanan, masuklah beberapa pesanan ringkas ke dalam telefon bimbitnya. Ternyata, ia adalah pesanan yang menyatakan ketidakmampuan beberapa ikhwah dalam menurut serta dengannya. Kecewa? Namun terubat kekecewaan itu dengan hadirnya seseorang yang dapat pergi ke destinasi seterusnya bersama dengannya.
Bas u80 telah tiba di perkarangan stesen monorel KL Central. Maka berduyun duyunlah manusia merebutkan tempat duduk. Dia hanya mampu mendapatkan tempat untuk berdiri yang cukup selesa, yang pasti lebih selesa dari saudara - saudara kita di selatan Thailand. Namun, ternyata hasratnya untuk memelihara wudhu' Solat Jumaatnya tidak kesampaian.
Ketika itu, fikirannya melayang kembali ke saat dia mula menjejak kakinya ke tempat itu pagi tadi.
Bila ditanya, hendak kemana? ' nak beli buku sikit '. Setibanya dia di Masjid Jamek, kelihatan satu matlamat yang jelas di fikirannya, Ke kedai yang sepatutnya. Sebaik sahaja tiba di kedai tersebut, rakannya yang buat pertama kalinya tiba di kedai sebegitu, begitu teruja sekali. Ni, mau sehari pon tak habis nak cari buku yang ana nak. Namun. baginya, dia melihat sesuatu yang janggal dilihatnya.
Kelihatan beg galas yangbertimbun di hadapan pintu masuk. Tertanya - tanya, kepunyaan siapakah semua ini. Dari mana mereka ini? Moga persoalan itu tidak menganggunya dalam mencari buku - buku yang diingini. Sambil bertanya tentang kedudukan dan mengambil buku, kelihatannya seperti sedozen muslimah sedang sibuk membaca buku - buku ilmiyah. Astaghfirullah.
Setibanya dia di satu sudut kedai itu. Dia terdengar akan seorang lelaki( sorang veteran ) sedang menaujih rakannya, bersaksikan anak - anaknya. Jemaah, tarbiyyah, da'wah, Hassan Al - Banna dan yang sewaktu dengannya. Perkara - perkara yang menjadi hiasan di sekolah tercinta kita.
Ketika dia sudah menimbunkan buku yang ingin di beli, sambil menunggu sahabatnya, dia terserempak akan sebuah majalah, yang sangat menarik perhatiannya. Lalu dicarinya artikel sepertimana yang ditulis di kulitnya. Hampa, kerana tidak di ketemu akan artikel itu. Tiba - tiba, datanglah dua orang ikhwah kepadanya yang bernama Adam, dan Hanif.
'Assalamualaikum'
'Waalaikumussalam'
'U mane ni?' dia ditanya.
'Saye sekolah lagi'
'awak ni, minat ye buku - buku macam ni.' Sambil membelek timbunan buku yang ingin dibeli dia.
'owh, saya nak buat bahan tambahan bacaan kat sekolah'
'Bace terang - terangan atau,' seolah - olah cuba menyampaikan sesuatu yang tersirat.
' Suka hati la. Nak baca terang atau senyap, terpulang' dia menjawab spontan.
' Sekolah mana ni?' dia ditanya lagi.
' Hira`. di Kuala Selangor'
' Macam pernah dengar je' bisik Adam kepada Hanif.
'owh, ingatkan awak ni, terlibat dengan apa - apa ke,'
'Seperti?' dia menanya kembali dengan satu senyuman yang sinis.
Lalu ia berlarutan sedikit sebelum mereka pergi ke ayah mereka. Demi siir da'wah? Dia bersangka baik.
Sedar tidak sedar, dia sudah pun berada di Shah Alam. sambil mengambil bas transit ke rumahnya, dia bertanya. Apakah aku ini, terlalu -katak bawah tempurung-?
mungkin ada yang bisa membantu?