Mereka menagih janji Allah. Dan kita menjadi saksi akan terbuktinya janji tersebut. Sudah berbelas hari jika dibilang. Dan pastinya akan terus menambah bilangannya. Itu pun dari kiraan yang dinyatakan media. Padahal, hal ini adalah larutan sejarah yang telah melebihi setengah abad. Mereka yang dikatakan menjadi mangsa keadaan melebihi 100 orang sehari.
wahh, bunuh manusia macam bunuh semut pakai spray nyamuk.Caracas, Venezuela Amman, Jordan
Istanbul
Alhamdulillah, masih terbuka hati - hati manusia di muka bumi ini untuk beriman dengan Hadith Arrasul (saw) "
Barangsiapa yang tidak mengambil peduli tentang perihal mu'min yang lain, maka dia bukan sebahagian daripada kami'. Dan diatas dasar ini, ramai yang bangkit menyatakan suara mereka akan apa yang sedang berlaku. Sungguh, agama dan budaya tidak menjadi penghalang untuk mereka membulatkan suara tersebut. Walaupun jika dilihatkan, mereka menentang kerana tiada hak kemanusiaan yang sewajarnya, namun hakikatnya, inilah fitrah yang sememangnya ada dalam diri manusia. Melainkan pada mereka yang terlalu bijak untuk menyangkal fitrah ciptaan Al-Khaliq ini.
*
Alhamdulillah, sekian lama tidak menulis, saya cuba mencuri sedikit masa untuk mencoret serba sedikit di sini. Di kala masa yang agak sedikit ini, dan dunia yang semakin sibuk dengan urusan agenda masing masing, Ramai yang masih mampu menyelit bantuan - bantuan dari pelbagai rupa kepada saudara - saudara di bumi anbiya'. Di sebalik tragedi ini, kita lihat beberapa respon dunia yang mungkin boleh kita fikirkan bersama. Tahap rasional, hasil, mungkin sekadar komentar sahaja, itu adalah lebih baik dari mereka masih yang statik setelah dua titik pengembaraan.
*****
AlJazeera English,
extensive report on Gaza strike,
Bilangan mangsa - mangsa tembakan tentera Zionis akan terus meningkat secara drastik selagi mana gencatan senjata tidak dilangsungkan secepat mungkin. Namun, dari apa yang dikatakan oleh kedua -dua belah pihak, mereka tidak akan berhenti selagi mana pihak lawan tidak berhenti. Namun jika dilihatkan, bila soalan - soalan sebegini ditanya, jawapan sama yang diberikan oleh pihak Ehud Olmert, dan Rice kepada media. 'Kami hanya mengambil tindakan ofensiv untuk melindungi negara kami dari roket - roket Hamas'. Namun, respons dunia terhadap kenyataan itu adalah dengan beberapa soalan seperti siapa yang memulakan segala hiraki kejadian ini, antara teknologi tercanggih di dunia melawan teknologi yang serba kekurangan, dan lain lain. Malangnya tiada respon kepada media, mungkinkah kerana segala respon itu, hanya komentar??
Selain itu, Asas peperangan yang dipegang kedua - dua pihak juga tidak sama menyebabkan ramai orang mula menunjukkan perasaan masing masing. Bilangan kecederaan kedua dua belah pihak juga membuktikannya. Antara peperangan diantara dua serdadu, dan peperangan antara serdadu dan penduduk awam. Dalam keadaan ini, penduduk awam tidak boleh disalahkan kerana tidak melarikan diri keluar dari kawasan yang terancam, kerana apa yang dunia telah plotkan.
Maklumat lanjut, di aljazeera.net/english.
*****
BBC world, news of America today,
Kelihatan satu vedio youtube di mainkan. Seorang perempuan penduduk Israel merakam kata - kata yang diharapkan adalah simpati dunia.
" Im sorry,"
mengelap titisan air mata yang semakin banyak keluar.
" You dont know what it feels like to live here. Its like waiting in line to die. You never know when the rockets are going to hit you"
Dalam senyap, saya tertanya. "kalaulah mereka di Gaza boleh mengupload vedio ke youtube dari rumah mereka,"
Dan,
Seorang wartawan BBC bertanya kepada beberapa pelanggan di restoran
Apa pendapat anda terhadap kenyataan** pihak atasan tempoh hari?
(** pihak atasan menyatakan yang mereka akan terus masuk ke Gaza dan tidak akan berhentii selagi pihak Hamas tidak berhenti menyerang pihak Israel)
Jawapan yang diberikan, tidak mengejutkan,
"Saya menyokong apa yang sedang dilakukan oleh tentera kami,"
kata - kata yang diluahkan tanpa ragu - ragu
"Kami hanya ingin hidup secara aman di negara kami ini. Sepatutnya mereka menghormati ini"
Demikianlah apa yang dikatakan, bersama dengan lebih 92% penduduk yang lain. Ini adalah sebahagian dari
respon positif yang mereka cari - cari.
Walau apa yang dunia katakan, Hakikat segala ini ada penjelasan yang tidak boleh diragukan. Dua soalan terakhir saya kepada semua, termasuk saya.
Adakah mereka yang tahu lebih ramai dari mereka yang tidak tahu?? Dan dimana nilai diri ini dalam soalan itu??
***
Kelihatan mereka yang Syahid disisiNya dimuliakan penduduk bumi, Apakah tahap kemuliaannya, disisi penduduk langit??