Sudah hampir sebulan tarikh tarikh tersebut meninggalkan kita semua. Bagi setiap individu yang berjalan di atas bumi ini, pastinya masing masing mempunyai cara sendiri untuk menghabiskan waktu 24 jam sehari. Seiringan dengan itu, pastinya fikiran kita akan memikirkan segala yang telah berlaku ketika itu. Ada yang berkonsepkan 'akan', ada juga yang memikirkan yang 'sedang', dan ada juga yang memikirkan yang 'lepas'. tidak kurang juga, ada yang memikirkan semua sekali. Bagi seorang hamba Allah, dia cuba untuk mengalpakan dirinya dengan semua ini.. .
........................................................................................................................................................................
Sebagai seorang warga Malaysia yang lahir pada tahun 1992, tarikh tarikh tersebut merupakan tarikh yang mendebarkan, merisaukan, memenatkan, dan paling penting sekali, mampu menambahkan saham ke syurga kelak. Ketika ini, pastinya ramai yang berkeliaran di merata rata tempat dengan buku di tangan, bersengkang mata di tengah malam, mengeluarkan kata kata 'PMR weih..blaja blaja blaja..','cuak ^%$#@!!!', 'esk ape??'. Kurang sangat yang akan berkata sebaliknya.
Namun,
apa yang saya alami, entahlah. patutkah saya merasa sebegini?? Tidak perlu di fikir fikirkan lagi. segala telah lepas. Menjadi satu memori yang mampu menambah saham seseorang. Sekarang, terdapat benda yang lebih penting yang perlu difikirkan.
Sebentar,
apakah yang perlu diutamakan setelah penilaian menengah rendah selesai? urusan yang manakah yang perlu diutamakan?? Sepatutnya, soalan soalan ini sudah terjawab sejak dulu lagi. cuma harapan saya, moga moga apa yang telah dirancang adalah betul..
Sedar tak sedar, berakhirnya sesi pembelajaran akedemik saya pada tahun ini. Secara amnya, berakhirnya sesuatu yang kini hanya akan menjadi bekalan di hati supaya tidak terpesong, tersungkur, dan tetap konsisten dengan apa yang sepatutnya..
Pengakhiran tersebut, telah merumitkan lagi kepalaku. Peningnya, barangkali sama ataupun lebih dari apa yang calon spm sedang alami.. Pilihan yang sukar di exact kan. Lebih sukar dari membuat pilihan untuk buat apa selepas spm.. pilihan yang bakal mencorakkan hidup saya mulai Januari depan.. bukan kepalang untuk menterjemahkannya dalam perkataan. kesakitan yang jelas di hati.. sukar di ubati.. hanya Dia yang mengetahui...
hmmm....
biarlah... jalan yang ada di depan ini, sudah jelas. Sudah pasti, sudah terang, tiada keraguan tentangnya. Apakah ia masih menjadi masalah bagi diri ini? Dan sudah pasti, ia bukanlah lagi pilihan tapi kemestian. keperluan, bukanlah kehendak. mengapa perlukan keraguan tentangnya lagi??.....
sekian,
ilal madrasatul hayah~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment