Monday, December 31, 2007

bermulalah sebuah teori,


Telah tamatkah ia?. Biarlah diri masing - masing yang mengukur sejauh mana iman telah di uji. Muhasabah dan amal. Dan bermulalah sebuah fasa yang baru. Untuk memberi, dari diberi.


Wallahualam.


untuk pengetahuan. blog ini akan berhenti buat sementara waktu ekoran dari ketidakmampuan saya untuk mengetaip.

Wednesday, December 19, 2007








SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA



MOGA SEJARAH NABI IBRAHIM DAPAT DIAMBIL IKTIBAR DALAM SETIAP UCAPAN 'SELAMAT HARI RAYA' KITA KEPADA SEMUA ORANG.

Tuesday, December 18, 2007

La yukallifuLLahu nafsan illa wus'aha,

Cuti akhir tahun a.k.a penguji iman tahunan pada tahun 2007 bakal menemui perngakhirannya. Dan kita seringkali ketika dalam fasa ini, akan menumui pelbagai jenis ragam manusia yang menjadi pengukur iman kita. Dan adakah kita melepasi ujian tersebut?



Antara tanda tanda yang boleh menjadi bahan ukuran iman kita ialah,



1)Adakah kita dapat konsisten dengan segala amalan hasanah yang seringkalinya hanya dilakukan dalam satu bi'ah yang dapat mendorong perbuatan tersebut?


i
Ingin sekali saya menyenaraikan semuanya. Namun, biarlah diri kita sendiri yang menila kebanyakannya. Dan kali ini, saya ingin berbicara sedikit, tidak banyak, hanya sedikit sahaja tentang apa yang telah saya nyatakan sebentar tadi.



Baiklah,



Kenapa saya katakan begitu? Memang tidak dinafikan bahawa apa yang kita lalui sekarang sememangnya menguji iman. Malah pada setiap detik yang berlalu, akan terujilah iman kita tidak kira di mana jua kita berada. Di sekolah(?) mahupun di rumah. Maka, sepatutnya, setiap detik yang berlalu, iman kita sepatutnya semakin menaik. Namun, kita tidak boleh lari dari fitrah manusia yang imannya tidak statik dan tidak mempunyai corak yang seragam. Arghh!!! jangan jadikan alasan pula!



Dan, kita juga dapat lihat, kebanyakan dari golongan mereka yang telah diberikan ilham dan hidayah Allah untuk berada di jalan ini, akan kecundang dalam fasa ini. Mengapa? Ada yang mungkin sememangnya tidak mahu berada di atas jalan ini. Dan ada juga yang tidak mampu menempuh arus dunia ini? hmm,



Wahai sahabatku, andai kata itu yang telah anta kemukakan, percayalah, berimanlah dengan sebuah ayat dari Al-Quran yang bermaksud,



''Allah tidak akan membebankan hambanya dengan sesuatu yang tidak mampu mereka pikul'



Saya percaya bahawa apa yang sedang kita lalui adalah sesuatu yang mampu kita tempuhi. Hanya kita sahaja yang tidak dapat melalui proses ini dengan cara yang paling elok. Andai kata ada yang mengatakan bahawa mereka seolah - olah merasakan yang satu dunia sedang memberi tekanan kepadanya, maka saya percaya bahawa mereka mampu melawan tekanan dunia ini.



Akhir kata, sememangnya, apa yang kita lalui sekarang, hanyalah secebis dari apa yang telah Allah sediakan sebagai marhalah untuk kita tiba di Jannatul Firdaus kelak. Kentalkanlah iman kita dengan himmah yang tinggi. Dan janganlah kita membiarkan diri kita seorang sahaja yang maju kehadapan. Tidak akan masuk seseorang itu kedalam syurga Allah seorang - seorang.
Dan atas sebab inilah , pada satu masa dahulu,bani Israil dilaknat Allah. Wallahua'lam...



Yang baik itu dari Allah..Andai kata apa yang kukatakan ini salah, tegurlah, dan bimbinglah, sepertimana merka yang hanya baru mengenal jalan ini..

Monday, December 17, 2007

Izzah!! ya ghuraba..

Masih jelas dalam ingatan. Ketika itu, saya sedang cuba untuk tidur. moga dengan tidur ini, esokku akan lebih bermanfaat ke jalanMu. Tidak terdaya. Mungkinkah dosa menghalang saya dari mendapat tidur yg seperlunya?



Entah mengapa, saya teringat beberapa kenangan yang telah saya lalui dalam masa 9 tahun yang lepas. Sangat lama. Dan ia sangat manis. Dan kesalnya saya. Atau sespatutnya bangga? Saya pilih untuk bangga dengan cara yang telah saya lalui. Bila teringat semua memori ini secara tak sengaja, saya mengambil keputusan untuk mengambil album foto yang terletak tidak jauh dari tempat tidur saya. Sedang saya mendekatkannya, sekeping foto terjatuh keluar dari album tersebut. Macam dalam drama pula. Saya hairan.

Foto tersebut, itu merupakan salah satu dari 'ikhwan' saya di sana. Satu keluarga yang disanjung tinggi oleh saya kerana beliau merupakan seorang yang mampu menjaga segala suruhanAllah di satu tempat yg mempunyai bi'ah yang melemahkan semangat. Boleh kata ketika iman saya masih pada tahap yang amat mentah itu, bila - bila masa sahaja ia akan tergadai.

Namun, dek masa terus berlalu, di dulu dan kini telah pusing 180 darjah. Saya dapat melihat di mana iman mereka dihakis dikala ujian melanda. Saya melihat mereka semakin dikaburi dengan tawaran dunia. Dan aku yang melihat? Aku yang menilai?!. Kadangkala bila dlihat dunia ini, yang penuh dengan maksiat, semunya sibuk dengan mengaut dunia, kita terasa diasing? Dan kadangkala pula, hilangnya izzah kita dengan apa yang sedang kita pegang. Na'uzubilLahiminzalik.

hmm. i wonder,

Allah telah pilih kita untuk berada di atas jalan ini. Walau sehebat mana pun di mata mausia, namun bukan itu nilaian yang dikira untuk ke syurga. Kadangkala iman sendiri juga tergugat dengan nilaian mata manusia. Dan seringkali ia berlaku ketika iman ini keseorangan. Tiada penguat semangat. Janganlah ketika ini, kita mencari penawar dunia. Janganlah kita menjual thabat hati ini kepada nafsu syahwat. Janganlah kita biarkan kebodohan menjauhi fitrah jalan ini.

Beriman bukan sekadar teori. Dan bukanlah omongan tentang kehebatan tarbiyah.
wallahua'alam,

dan saya terus melenakan diri bila sedar masa melewati kehendak diri. ..