Saturday, September 27, 2008

eid mubarak,



Ya Allah, Akan tiba masanya, Hari kemenangan yang engkau janjikan. Kepada mereka yang bertungkus lumus, menegar diri dari nafsu sayyi'ah





Salah satu dari urusan Tuhan yang tidak mampu dicapai dek IQ Sang manusia yang pelupa. Kun fayakun. Takdir Allah telah meletakkan diri ini di merata tempat. Satu pohon hati ini,











Sungguh, telah diizinkan, ditakdirkan Allah unutuk menjejak ke dua tanah haram nya, Maka Ya Allah, izinkan lah diri ini, untuk menjejakkan diri ke tanah haram ke tiga. Tanah haram rebutan dunia. Tanah haram Al-Quds. Permudahkanlah urusanku untuk Beribadah di Masjid El Aqsha





عيدنا يوم التحرير الفلسطين

Wednesday, September 17, 2008

Cairo, oh Cairo

aku tidak menyulam rahsia, cuma menghimpun kegembiraan..








Demikianlah hari terus dibilang, menghampiri sebulan di dua tanah anbiya ini, tanah sahabat, tanah perjuangan, penuh dengan bekas parutan yang merata di sekeliling.


Cairo, tempat yang di diami oleh penduduk Mesir yang sama bilangannya dengan Malaysia keseluruhannya. Hidupnya saya di sini, saya cuba menjadikan diri sebati dengan persekitaran. Di saat saya melalui proses itu, tersenyum saya mengingatkan sebuah kata - kata Nabi tercinta,




'Ambillah penduduk Mesir sebagai tentera jika mahu kerana mereka adalah sebaik - baik


tentera'




Tidak hairanlah mengapa resolusi da'wah berjaya di mulakan di sini. Tiada lagi musykilah mengenai apa yang berjaya dilakukan oleh Saifuddin Qutus. Maka sejarah telah memperlihatkan kekuatan, kebenaran, keindahan Islam itu di sini. Ingin sekali di kongsi disini, malangnya, jari yang meng-taip, tidak seindah, lidah yang berbicara.



Bertarikhkan hari ini, Musim luruh mula bertukar kepada musim sejuk. Kehangatan di malam hari sudah mula luput. Di ganti dengan kedinginan yang selama ini di idam idamkan. Sungguh, rutin harian mesti diteruskan.


Sahurku pada 3.30pg, bersama ikhwah Al-Ansoriyin, menikmati makanan tempatan yang sikatakan agak mewah dibandingkan dengan penduduk setempat di sini.. Jika rajin, Nasi dan lauk Malaysia akan menjadi hidangan(mereka kata unutk mengubat rindu. betul ke?)


Selesai urusan jasmani, masa unutk tunaikan urusan bersama Yang Maha Mencipta. Ternyata, tahap ubudiyyah hamba - hamba-Nya di sini melepasi kebiasaanku. Mungkin juga ikhwah di Malaysia. Pulang ke rumah selepas hampir waktu dhuha untuk ke kelas di abdurrasul,ru'bu. Namun, Diri ini terbiasa dengan kebiasaan orang di sini, tidur di waktu pagi. Disebabkan malam yang terlalu hidup??
Kelas bermula pukul 8.00pg. Haayu Asyir, ke Abdurrasul. Menaiki tremco, 20 minit perjalanan. Sampai di kelas yang sangat istimewa bagi mereka yang mengetahui. sehingga Zohor, kehidupan akan kembali kepada rumah, masjid, asir, dan ikhwah.. Demikianlah kehidupanku di pagi hari.. yang amat menyakitkan tekak. Namun, kehendak hati mengatasi segalanya. Hanya tuhan yang tahu.. Sekian,














nak pergi kelas,




Wednesday, September 10, 2008

Duhai pewaris nabi

Kita menghindari, merangkak, berlari, dari segala haru biru dunia.






Membilang hari, hari dibilang, celikan semakin tidak mampu dikira. Bumi tanah air sudah lama (melebihi 2 minggu) di tinggalkan, sementara. Dan kini, di bumi anbiya, cuba memanfaatkan segala apa yang ada.


Apa yang ada?


Itu semua terpulang kepada diri masing - masing untuk mengambil apa yang dikehendakinya. Beruntunglah bagi mereka yang bijak dalam memanfaat. Wallahua'lam

Saturday, August 23, 2008

Yang mulia,

Hanya Allah yang maha mengetahui. Atas segala urusan yang termaktub di dunia ini.







Kita menjalani hidup di dunia. Terkadang kita sendiri menilai, dengan mata hati. Mempersoalkan tentang nilai kaifiyah perjalanan hidup. Manakah yang lebih bernilai. Kualiti? Kuantiti? Saat itu saya sedar, bahawa umat Muhammad (s.a.w) ini dimuliakan kerana kualiti amal mereka.

Saya terpanggil dengan sebuah kata - kata,

Wahai orang yang sedang beribadah di dua tanah haram,
jika kamu melihat kami,
nescaya kamu tahu bahawa kamu hanya bermain - main dalam ibadahmu.
Orang orang itu membasahkan leher mereka dengan air mata,
Sedang tengkuk kami bermuluran dengan darah.
Dia memenatkan kuda mereka dengan sisa- sia,
Sedangkan kuda kami penat di hari peperangan
kamu berbau harum dengan minyak wangi,
sedangkan minyak wangi kami,
adalah peluh kuda dan debu terbaik di medan peperangan.
Telah datang kepada kami sabda nabi kita,
"Tidak akan bertemu debu kuda pada hidung seseorang,
dengan asap neraka yang menyala"
kitab Allah ini telah menyebut dihadapan kita bahawa,
"Orang yang syahid itu tidak mati" itu bukan satu dusta.


Adakah saya ini memang terlalu buta untuk melihat, menafsir, menerima apa yang diberi? Atau ini nikmat yang sepatutnya saya syukuri? Terpulanglah pada kalian unutk menilai. Kerana mata saya ini terbatas untuk melihat diri sendiri..

Kenangku dalam doa qudus kalian. Jika ia kehendak tuhan, pasti kita akan bertemu semula. Dan Dialah sebaik - baik perancang.


Friday, August 15, 2008

DEMI.BERSAMA

Bukan untuk ku, bukan juga Sang dia.






Tidak pernah wujud istilah, MEREKA.


melainkan pada mereka yang beruzlah.


Tidak akan wujudnya KAMI,


melainkan pada jiwa yang bersama.


Tidalah KESEPIAN,


melainkan jika ia diundang.


Tidaklah ia KESEORANGAN,


melainkan pada yang mencari.




Bukanlah ia untuk diriku,


Bukan juga untuk Sang dia.


Demi satu persamaan,


satu ikatan,


satu tujuan,




Manalah KEHEBATAN,


jika tiada usahanya,


Manakah KEAGUNGAN,


tanpa kefahaman


Mana mungkin ia INDAH,


tanpa penghayatan.




Kita semua,


satu asas,


satu stigma.




Tidak akan adanya kehidupan,


melainkan adanya kematian.






Wednesday, July 23, 2008

Indahkah hidup ini? Sekiranya aku,



Experience is not the only teacher, Its the best Teacher.




*









Bola itu bulat?
atau sfera?
atau bongkah?



Tolong jawabkan. Saya budak baru belajar.

Manusia, melihat bola. satu sudut melihatkan ia bulat. Namun, hakikat yang memedihkan, bila diratapi, bukan bulat. Bukan juga bongkah. Sudah pasti sekarang bukan? Tiada keraguan tentang bentuknya, mahupun tindakbalasnya terhadap hukum fizik, hukum alam, hukum Allah.

Tertarik? satu formula yang menarik, amat MENARIK! Mampu menguji kemampuan minda. manusia + Bola + hukum Allah =?????
Apakakh reaksi manusia? Pada kebiasaannya jika dipertemukan dengan SEBIJI bola?

Dipertemukan dengan sebiji bola di jalanan. Kelihatan seakan tiada yang empunya. Bola itu pasti mendapat perhatian. Paling kurang, sekilas perhatian dari mereka yang berjalan di situ.

Bagi mereka yang berperasaan ingin tahu, pasti akan mencuba. Andai kata,
manusia + bola + dinding + hukum Allah=?????

Pasti seronok belajar sesuatu yang amat diminati ramai. Menyepak, merembat bola sehingga kaki terasa sakit di sana sini. Demi hasilnya. Pada dinding? Pasti meretak, atau berbekas seakan akan parut yang kekal sebagai pengalaman yang memandu diri. Tidak! PADA DIRI!

Pasti semakin hebat! Seakan - akan, bola dan diri, adalah satu. Amat mudah untuk menterjemahkan fantasi di kepala kepada realiti di mata. Kesebatian yang sudah terlarut dengan mesra. Hebat benar dinding itu. Mampu mengubah seseorang.
Lebih elok bukan?

Jika dia dapat mengajar kita, apa yang dia belajar. Moga - moga, pengalaman yang telah dirasai, dapat kita rasai bersama.






Saturday, July 5, 2008

Parut di jiwa

Apa yang boleh buat..Ianya kekal, menjadi bukti, menjadi saksi. namun, tidakkah ia nya cukup sebagai pengajaran?




Kita membesar, menimba pengalaman, untuk meneruskan kehidupan, sebelum bertemu kematian. Membesar bersama fitrah, dan naluri sebagai seoarang manusia. Dari itu, terciptalah istilah kesilapan, kealpaan dan kebuntuan. Dan dari itu, terhasil sebuah manifestasi yang bergelar muhasabah.




Bila kita belajar bergerak, merangkak, berdiri, berjalan dan berlari.. Tersungkur, kita bangkit semula.. terkadang juga, kaki yang tersilap langkah, membawa padah kepada diri. Luka yang terhasil, kerana kesilapan yang kita sendiri tidak jelas akan kesilapannya. Atau kita hanya mencuba sesuatu yang baru? Dan hasilnya, kita sendiri dapat lihat. Namun,




Luka di hati, siapa yang mengetahui?


Luka yang lahir daripada tersilap langkah dalam membuat keputusan demi meneruskan kehidupan. Kadang ia sembuh sendiri, kadang ia terpaksa dirawat oleh mereka yang pakar. Memang sesuatu yang wajib, yang kita ini akan luka sedikit. Itupun paling kurang. Ketika inilah, kita terasa akan nikmatnya kesihatan itu.


Dari setiap luka, pasti meninggalkan parut. Parut yang akan mengenangkan segala 'kepahitan' yang telah dilalui. Dengan harapan kita tidak perlu merasainya sekali lagi. Sungguh, parut itu sendiri masih memberi sedikit kesakitan. Tapi mengapa?


Mengapa parut yang sepatutnya memberi pengajaran, di sindir?

Parut yang sepatutnya di ambil iktibar, di caci?,

Parut yang ada tidak di fikir kan?


dan,


Mengapa kau menyangka, parut itu, masih mengalirkan darah? Sedangkan kau yang menyembuhkan nya?


Atau ia hanya sangkaan ku?