Friday, February 8, 2008

Dunia menanti pewarisnya,





Tanggal 12 Febuari 1949,,

Setelah selesai subuh beliau, ikhwah – ikhwah telah mengelilingi beliau. Ketika itu beliau berkata dengan wajah yang tersenyum dan memandang semua yang berada di sekeliling beliau ‘Aku telah bermimpi bahawa Ali karamallahuwajhah telah datang kepadaku dan beliau berkata: wahai Hassan, tugasmu telah selesai, engkau telah membayar kewajipanmu, moga amalanmu diterima Tuhan’.

Pada petangnya, beliau telah keluar dari rumahnya bertemankan Ustaz Abdul Kadim Mansur. Ketika hendak keluar, pergerakan beliau telah terhenti sejenak lalu memandang semula ahli – ahli rumah beliau. Buat kali terakhirnya.

Bila malam menjelma, di suatu tempat, beliau sedang menanti teksi untuk pulang ke rumah. Kelihatan jalan yang sedang dituggu beliau berada dalam keadaan sunyi, dan gelap. Melainkan beberapa teksi yang kelihatan sedang menunggu beliau.

Sebaik sahaja beliau menahan teksi, pemandu teksi tersebut telah melepaskan bertubi – tubi das tembakan ke arah beliau. Sebaik sahaja beliau jatuh di atas jalanan itu, ambulans telah datang untuk membawa beliau ke hospital. Atas arahan pemerintah pada masa itu, beliau telah dibiarkan sehingga menemui kesyahidan beliau dengan terlantar tanpa di beri sebarang rawatan.

Sementara di rumah beliau pula, putera beliau,Saiful Islam, telah terjaga dari labuhan mimpi. Fikirannya telah melayang entah ke mana. Memikirkan keadaan ayahnya yang masih belum pulang. Lalu dibacanya Al – Qur’an untuk mententeramkan hati yang dalam keadaan gundah gelana.

Tiba – tiba, terdengar bunyi kenderaan yang berhenti di hadapan rumahnya. Diiringi dengan bunyi seseorng yang memasuki rumah mereka. Bila di nyalakan lampu, kelihatan mereka dari angkatan tentera sedang membawa keranda berisikan jenazah seorang yang telah menggerunkan kerajaan semasa di Negara itu. Maka berlakulah sedikit kekasaran ketika itu.

Di luar rumah itu, angkatan tentera telah mengepung rumah tersebut. Di dalamnya pula berlaku pertengkaran di antara ayah As-Syahid dan anggota tentera tersebut.

‘Tiada siapa yang bisa mengurus jenazah ini melainkan ahli keluarganya!!’

Itulah poin yang ingin diketengahkan mereka(pihak tentera).

Maka diuruslah jenazah As-Syahid oleh ayah beliau dan putera, serta puteri – puterinya. Tidak dilupakan juga beberapa akhwat juga turut membantu. Dengan keadaan Isteri beliau yang sedang berada di hospital ekoran bayi baru yang akan ditimangnya, hanya rahmat Allah sahajalah yang menjadi penguat semangat.

Setelah selesai solat jenazah yang hanya dilakukan oleh si ayah dan si anak lelakinya, mereka di beritahu bahawa mereka tidak boleh dikunjungi oleh sesiapa pun yang berhajat untuk berlaku sedemikian. Termasuklah untuk sekadar mengucapkan takziah. Hanya Allah yang dapat membalas segalka usaha beliau dalam mengembalikan Islam seperti mana pada awal – awal hijrah dulu




Kupisan dari,
Majalah kullu Syaii’ (1952)
---------------------------------------
dikala dunia sedang bergolak dengan urusan yang langsung tidak membina peribadi,
marilah kita bersama menyahut, menyambung risalah anbiya melalui apa yang telah direalisasikan oleh As-Syahid.
jika bukan kita, siapa lagi??

Saturday, January 19, 2008

Belajar, Belajar, dan terus belajar




Sebentar tadi, saya pergi berjalan - jalan. Berlegar - legar di sekitar rangkaian web dunia. dan terlihatlah saya akan sebuah artikel yg mendorong saya untuk menulis artikel yang pendek ini. Buat renungan kita bersama.




"Nak, belajar rajin - rajin, jangan malas - malas. Nanti dah besar boleh hidup senang. Tak perlu susah - susah"





Demikianlah apa yang selalu kita dengarkan dalam usia - usia sebegini. terutamanya dari golongan mereka yg lebih berpengalaman dalam menjelaskan segala pengalaman pahit getir hidup. Bagus bukan? Mereka tidak mahu kita melalui masa depan yang menyusahkan diri akibat dari kemalasan kita pada masa kini.


Namun, bila difikirkan semula, saya merasa hairan. Dan timbullah pula satu konklusi. Adakah kita perlu belajar supaya masa depan kita cerah? atau lebih di spesifikasikan, agar senang memperoleh kesenangan? memperoleh segala kemewahan meterial? Dan ketika ini, saya teringat apa yang pernah diberitahu kepada saya. " orang zaman sekarang kebanyakannya (kemungkinannya kesemuanya) belajar untuk medapat duit di masa depan agar senang hidup. Maka dengan itu, keberkatan dan nilai suatu ilmu seolah olah di perendahkan gunaannya."


Wallauhua'lam. Moga niat kita belajar di dunia ini dapat memanfaatkan diri kita dan masyarakat umum.


.Belajarlah untuk hidup, dan bukan hidup untuk belajar.

Monday, December 31, 2007

bermulalah sebuah teori,


Telah tamatkah ia?. Biarlah diri masing - masing yang mengukur sejauh mana iman telah di uji. Muhasabah dan amal. Dan bermulalah sebuah fasa yang baru. Untuk memberi, dari diberi.


Wallahualam.


untuk pengetahuan. blog ini akan berhenti buat sementara waktu ekoran dari ketidakmampuan saya untuk mengetaip.

Wednesday, December 19, 2007








SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA



MOGA SEJARAH NABI IBRAHIM DAPAT DIAMBIL IKTIBAR DALAM SETIAP UCAPAN 'SELAMAT HARI RAYA' KITA KEPADA SEMUA ORANG.

Tuesday, December 18, 2007

La yukallifuLLahu nafsan illa wus'aha,

Cuti akhir tahun a.k.a penguji iman tahunan pada tahun 2007 bakal menemui perngakhirannya. Dan kita seringkali ketika dalam fasa ini, akan menumui pelbagai jenis ragam manusia yang menjadi pengukur iman kita. Dan adakah kita melepasi ujian tersebut?



Antara tanda tanda yang boleh menjadi bahan ukuran iman kita ialah,



1)Adakah kita dapat konsisten dengan segala amalan hasanah yang seringkalinya hanya dilakukan dalam satu bi'ah yang dapat mendorong perbuatan tersebut?


i
Ingin sekali saya menyenaraikan semuanya. Namun, biarlah diri kita sendiri yang menila kebanyakannya. Dan kali ini, saya ingin berbicara sedikit, tidak banyak, hanya sedikit sahaja tentang apa yang telah saya nyatakan sebentar tadi.



Baiklah,



Kenapa saya katakan begitu? Memang tidak dinafikan bahawa apa yang kita lalui sekarang sememangnya menguji iman. Malah pada setiap detik yang berlalu, akan terujilah iman kita tidak kira di mana jua kita berada. Di sekolah(?) mahupun di rumah. Maka, sepatutnya, setiap detik yang berlalu, iman kita sepatutnya semakin menaik. Namun, kita tidak boleh lari dari fitrah manusia yang imannya tidak statik dan tidak mempunyai corak yang seragam. Arghh!!! jangan jadikan alasan pula!



Dan, kita juga dapat lihat, kebanyakan dari golongan mereka yang telah diberikan ilham dan hidayah Allah untuk berada di jalan ini, akan kecundang dalam fasa ini. Mengapa? Ada yang mungkin sememangnya tidak mahu berada di atas jalan ini. Dan ada juga yang tidak mampu menempuh arus dunia ini? hmm,



Wahai sahabatku, andai kata itu yang telah anta kemukakan, percayalah, berimanlah dengan sebuah ayat dari Al-Quran yang bermaksud,



''Allah tidak akan membebankan hambanya dengan sesuatu yang tidak mampu mereka pikul'



Saya percaya bahawa apa yang sedang kita lalui adalah sesuatu yang mampu kita tempuhi. Hanya kita sahaja yang tidak dapat melalui proses ini dengan cara yang paling elok. Andai kata ada yang mengatakan bahawa mereka seolah - olah merasakan yang satu dunia sedang memberi tekanan kepadanya, maka saya percaya bahawa mereka mampu melawan tekanan dunia ini.



Akhir kata, sememangnya, apa yang kita lalui sekarang, hanyalah secebis dari apa yang telah Allah sediakan sebagai marhalah untuk kita tiba di Jannatul Firdaus kelak. Kentalkanlah iman kita dengan himmah yang tinggi. Dan janganlah kita membiarkan diri kita seorang sahaja yang maju kehadapan. Tidak akan masuk seseorang itu kedalam syurga Allah seorang - seorang.
Dan atas sebab inilah , pada satu masa dahulu,bani Israil dilaknat Allah. Wallahua'lam...



Yang baik itu dari Allah..Andai kata apa yang kukatakan ini salah, tegurlah, dan bimbinglah, sepertimana merka yang hanya baru mengenal jalan ini..

Monday, December 17, 2007

Izzah!! ya ghuraba..

Masih jelas dalam ingatan. Ketika itu, saya sedang cuba untuk tidur. moga dengan tidur ini, esokku akan lebih bermanfaat ke jalanMu. Tidak terdaya. Mungkinkah dosa menghalang saya dari mendapat tidur yg seperlunya?



Entah mengapa, saya teringat beberapa kenangan yang telah saya lalui dalam masa 9 tahun yang lepas. Sangat lama. Dan ia sangat manis. Dan kesalnya saya. Atau sespatutnya bangga? Saya pilih untuk bangga dengan cara yang telah saya lalui. Bila teringat semua memori ini secara tak sengaja, saya mengambil keputusan untuk mengambil album foto yang terletak tidak jauh dari tempat tidur saya. Sedang saya mendekatkannya, sekeping foto terjatuh keluar dari album tersebut. Macam dalam drama pula. Saya hairan.

Foto tersebut, itu merupakan salah satu dari 'ikhwan' saya di sana. Satu keluarga yang disanjung tinggi oleh saya kerana beliau merupakan seorang yang mampu menjaga segala suruhanAllah di satu tempat yg mempunyai bi'ah yang melemahkan semangat. Boleh kata ketika iman saya masih pada tahap yang amat mentah itu, bila - bila masa sahaja ia akan tergadai.

Namun, dek masa terus berlalu, di dulu dan kini telah pusing 180 darjah. Saya dapat melihat di mana iman mereka dihakis dikala ujian melanda. Saya melihat mereka semakin dikaburi dengan tawaran dunia. Dan aku yang melihat? Aku yang menilai?!. Kadangkala bila dlihat dunia ini, yang penuh dengan maksiat, semunya sibuk dengan mengaut dunia, kita terasa diasing? Dan kadangkala pula, hilangnya izzah kita dengan apa yang sedang kita pegang. Na'uzubilLahiminzalik.

hmm. i wonder,

Allah telah pilih kita untuk berada di atas jalan ini. Walau sehebat mana pun di mata mausia, namun bukan itu nilaian yang dikira untuk ke syurga. Kadangkala iman sendiri juga tergugat dengan nilaian mata manusia. Dan seringkali ia berlaku ketika iman ini keseorangan. Tiada penguat semangat. Janganlah ketika ini, kita mencari penawar dunia. Janganlah kita menjual thabat hati ini kepada nafsu syahwat. Janganlah kita biarkan kebodohan menjauhi fitrah jalan ini.

Beriman bukan sekadar teori. Dan bukanlah omongan tentang kehebatan tarbiyah.
wallahua'alam,

dan saya terus melenakan diri bila sedar masa melewati kehendak diri. ..

Monday, November 26, 2007

fitnah nya.... kepada siapa??

dulu, kini dan selepas ini..







Hampir 1400 tahun dahulu, cahaya yang kita ada, masih pada tahap benih. Benih bukan sebarangan benih. Kemungkinan itulah peringkat benih yang paling subur. Dan ia terus membesar dengan subur. Andai kata dijual, TIDAK!!!!Tidak akan ia dijual sungguhpun satu dunia ini sebagai tawaran.. Dan aku sanggup bermandikan darah mempertahankannya..





Namun apa yang saya lihat sekarang, seringkali saya berasa keliru.


Siapa yang perlu dipersalahkan atas fitnah yang semakin lama semakin menular dikalangan kita? Ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh, dipandang dengan sebelah mata, atau diasingkan dari apa yang sedang kita lakukan pada setiap hari. Jika dulu,





Puasa dikatakan menguatkan badan. tapi ia kini menjadi penghalang bagi melakukan sesuatu dengan segala kudrat yang ada. Mungkin ini hanya menular di kalangan orang orang kita sahaja. Harap - harap.



Namun, terdapat sesuatu yang saya tertanya - tanya setiap kali terlintasnya ia di hadapan salah satu deria saya. Islam yang kita anuti ini dalam keadaan di fitnah. kenapa? Contoh? Di mata dunia, Islam di anggap sebagai pengganas. Kenapa? Mungkinkah salah langkah dari segelintir
mereka yang ingin menegakkan Islam kembali? Atau hanya sekadar propaganda yang diberi impak yang sangat hebat.?



Oh ya, bercakap tentang poropaganda, mungkinkah propaganda itu disebar oleh mereka di kalangan kita? atau di kalangan mereka?Hmmm, Jika kita lihat di rangkaian televisyen yang ada, terutamanya saya ingin fokuskan kepada filem - filem hollywood yang mendapat sambutan dari kalangan kita. Mereka juga turut menggunakan 'title' Islam adalah pengganas. Namun begitu, siapa yang perlu dipersalahkan?

Apabila mereka melihat adegan adegan yang berkaitan dengan perkara itu, Mungkin mereka akan mencaci pihak penerbit kerana membenarkan adegan sebegitu ditayangkan. Mencaci pengarah kerana bermain dengan isu sensitif.

Maka di sini, saya ingin sekali mengajak kita semua berfikir. Fikir apa? Fikirlah tentang mengapa ini semua berlaku. Dan bila buah fikiran mula terhasil, bagi setiap perkara yang difikirkan, dan kepada siapa ingin dilontarkan, selalulah berbalik kepada diri kita. Dan bagi setiap komplikasi yang dihadapi, sentiasalah merujuk. Merujuk??!

Ingatlah, bagi setiap yang berlaku di hadapan kita, yang menjadi fitnah kepada orang lain, perkara lain, akan ditanya. Maka bersedialah..