( hiasan semata)
Dalam kita melakukan kerja - kerja sebegini, bukan kita yang menentukan hasilnya. Tetapi Allah yang telah menetapkan apa yang terbaik untuk Islam itu sendiri. Mungkin mereka tidak akan beriman, tetapi, satu hari nanti, jika di beri sedikit masa, insya-Allah.
Apa yang ingin saya tulis kali ini, adalah sedikit perkongsian, yang pernah ditanya kepada saya.
Bukanlah hendak mengatakan bahawa ia adalah benda yang perlu, cuma sekadar pemberitahuan.
Antara keluarga dan jalan ini,
Dalam usaha kita hendak memakmurkan kembali bumi ini, pasti kita akan mendapat tentangan daripada pelbagai pihak kerana itulah sunnatullah yang telah ditetapkan. Dan kadangkala ia mampu memberhentikan kita. Maka, ingin saya perkatakan sedikit tentang salah satu tentangan yang kebiasaannya dilalui.
Mungkin tidaklah ia ingin dikatakan sebagai tentangan, tapi ia lebih kepada persoalan. Janganlah terlalu merasakan ia merupakan bebanan, tetapi, anggaplah sebagai pengukur iman.
Kadangkala, kita lihat diri ini telah pun Allah tunjukkan jalan yang menuju keredhaanNya. Dan, tidak boleh tidak, kita mestilah mengajak juga mereka terkapai - kapai, mencari sesiapa sahaja yang dapat membantunya ke jalan tersebut(dan juga halal di sisi syarak). Namun, saya sendiri, kadangkala, harus juga mengaku. Bahawasanya, kesedihan itu tidak dapat di asingkan lagi dari diri ini. Kerana apa? semestinya, kerana Allah tidak menunjukkan jalan itu kepada semua orang. terutama sekali, keluarga kita.
Mereka yang pernah, berkongsi katil dengan kita, berkongsi makanan, bergaduh sekali, mengenal erti kehidupan ini, menyedari bahawa adanya seorang abang, kakak, adik yang sedia berkongsi segala macam ragam kita dahulu, kini akan merasakan azab Allah yg telah dijanjikan di akhirat nanti. Sekiranya anda menghadapi masalah ini, penyelesaiannya amat mudah. kita perlulah sedar tentang satu hakikat dakwah.
Dalam kita melakukan kerja - kerja sebegini, bukan kita yang menentukan hasilnya. Tetapi Allah yang telah menetapkan apa yang terbaik untuk Islam itu sendiri. Mungkin mereka tidak akan beriman, tetapi, satu hari nanti, jika di beri sedikit masa, insya-Allah.
Bukan kita yang menentukan hasilnya, tetapi, Allah. Janganlah pula kita terleka dengan mereka sehingga terabai kerja asasi kita. Namun, semuanya pasti berbalik kepada diri kita sendiri. Mungkin kita sendiri yang kurang usaha, malas, atau terlalu mudah putus harapan. Janganlah pula kita pandai - pandai mengatakan bahawa usaha kita yang sedikit itu, takdir Allah.
Takdir allah terletak pada hujung usaha kita. adakah kita penyebab takdir Allah jadi sebegini?
No comments:
Post a Comment