Sunday, December 21, 2008

di celahan rutin,


(gambar hiasan semata)



Malam yang agak sunyi, mungkin kerana saya ini tidak mampu untuk memikirkan hal lain. Tambahan pula semua orang sedang makan malam. Mungkin lebih baik jika makan malam itu bukan rutin, tetapi diambil pada sekadar yang perlu untuk tujuan yang perlu sahaja. Belajar mungkin adalah lebih penting?

Jam menunjukkan 11.30 malam. Banyak lagi yang perlu dibaca, namun kemampuan mata untuk terus membaca semakin lemah. Terus, terpaksa turun sebentar, sebentar sahaja, untuk mengambil sesuatu untuk menghilangkan rasa mengantuk ini. Hmm, kelihatan yang tersedia bagiku dari mereka yang memahami diri ini, secawan nescafe gold calssic.. hm, rezeki jangan ditolak?


Sementara menunggu suhu minuman ini mampu diminum, ayah yang berada di depan televisyen, sedang menonton CNN. Saya masih kurang arif tentang tajuk yang dibincangkan. Ayah menukar rancangan lain. Nampaknya bukan saya sahaja yang kurang arif. Aljazeera pula yang ditonton. Saya kurang minat pada mulanya, melihatkan keadaan adik semua yang sudah mua tidur. Saya hanya ingin habiskan minuman dan terus sambung belajar.

ma musykilah hina?

Saya tertarik dengan perkataan itu. Seakan mengembalikan nostalgia 2 bulan lepas. Cawan yang masih penuh itu, terus di bawa 1 kaki dari kaca tv. Cuba mengamati setiap apa yang ada.

1.00 pagi,

Cerita itu habis, kopi ditangan masih lagi belum. terasa bersalah kerana melakukan sesuatu dengan pilihan..

InsyaAllah, sandainya saya diberi peluang, ingin sekali ditanya. Terima kasih kepada Aljazeera, kerana sudi membuat satu sesi dokumentari. Memberi satu harapan bagi mereka yang terkapai.



No comments: