Cuti kali ini, banyak memberitahu pelbagai perkara. Tersirat, tersurat, yang sememangnya terzahir di mata. Mari kita teruskan bacaan ini dengan pandangan TERBAIK. Teringin sekali saya berkongsi sedikit cerita ( BUKAN CEREKA!) yang InsyaAllah bermanfaat buat mereka yang ingin memanfaatkan ia. Cerita mungkin tidak seperti versi prototaip. Tetapi cukup untuk memberi pengajaran. InsyaAllah.
*
cerita I
Azan berkumandang. Doa di baca oleh seorang, mewakili satu keluarga. Seperti biasa, yang diajar Arrasul (saw) tercinta, 'mulakan dengan manisan'. Kelihatan terlebih manisan yang dihidangkkan, menjangkaui kebiasaan mereka memakan lebih dari apa yang selalu menjadi kebiasaan. Hmm, Tidaklah begitu abnormal, Cuma hari ini, Ayah tidak berbuka di rumah. Walaupun agak sepi, kesepian itu tidak akan mengubah masa. Kelihatan waktu Maghrib semakin suntuk.
Jarum jam telah lama melepasi angka 6. Kebiasaannya, tadarus Alqur'an akan bergema di rumah itu. Namun yang kedengaran hanyalah suara sayup dari Si ibu yang sedang beruzlah bersama senaskah Al-Qur'an di biliknya. Anak anak lelakinya sedang sibuk di surau. Sang ibu pasti tidak memerlukan mereka untuk menambah sedikit suasana di rumah.
'Ayah bila nak balik?'
Ganggang telefon dipengang erat oleh anak perempuannya. Berborak seakan seperti sudah berbulan tidak bersua.
'Malam ni ayah sampai'.
Jawapan yang diutarakan di sekitar azan Isya'.
'tak pergi solat ke?'
'Alaa, takpe, nak borak ngan ayah jap.
bukan nye selalu kan?'
'Allah, macamlah balik nanti talek nak borak'
Nada menyenda.
Perbualan mereka pada kadar yang perlu sahaja.
Perlahan, tidak terhanyut pada dunia, dan DiredhaiNya insyaAllah.
'Eh, jom solat Isya' dah pukul berape nii,'
Nada Si ibu mengajak anak dara nya itu tidaklah memaksa. Dan si anak juga memahami. Cuma kelihatan sedikit kelainan. Ah, mungkin hanya sebab rindu ayahnya kot.
Solat Isya' selesai berjemaah, diteruskan dengan terawih. Entah mengapa,
'ibu, ibu solat la dulu,'
Anaknya meminta ibunya untuk terus sambung solat terawih pada rakaat yang ke 9, 10. kemampuannya hari ini hanya 8 rakaat sahaja. Kelihatan dia agak kurang sihat hari ini.
'ibu nak ape ape, kat blakang ni tau'
Sambil membentang sejadah dan mula menyambung bacaan Al-Qur'an sebelum ini.
Bacaan nya diterus kan dalam beberapa minit. Rasanya, Si ibu itu sedar yang bacaan anaknya itu semakin perlahan. Lalu meng-assume bahawa anaknya itu tidur. Biarlah, penat kot..
Setelah selesai tarawih, dan mengemas tempat solatnya, terus, menuju ke anaknya.
'Nak, bangun nak. Tidur proper sket la.'
Entah mengapa, tiada respon.
'Nak, bangun nak,'
Ayahnya pulang ke rumah,
'Bang tengok anak kita ni bang,'
Dengan riak muka seorang ibu yang risau.
'kenape?'
suaminya itu cuba mencari jawapan yang mampu menenangkannya. Meletakkan dua jarinya ke pergelangan tangan, dan di alihkan ke dada. Tiada pengembangan-pengecutan paru paru, tiada degupan jantung.
Berdasarkan pendidikan perubatan yang dilalui suaminya, membuat apa yang perlu.
'Innalillah.....'
tiada lagi denyutan nadi anaknya itu. Terkulai, Tersujud seorang hambaNya dengan Al-qur'an sebagai kalam terakhir.
*
cerita II
Disember 3,
'AH kau ceni ah!! ade ape la sangat kat pompuan tu.'
'Ko apsal tak puas ati ngn aku lak ni?'
Mereka berdua. Sedang berbual dengan aman agaknya*. Sehingga melupakan roti canai yang semakin hilang rangupnya. Air pun sudah agak lame tidak diteguk mereka.
'Ko jangan masuk campo die lak'
'apehal plak.. sebab die ko jadi cemni..'
'WE!! lebih ah nii'
nada yang semakin tinggi dapat didengari, sungguhpun mereka berada seakan di hujung dunia itu.
'Btol la.. ko bru je knal die tak sampai seminggu, ko dah jadi camni.. jangan jadi bodoh la~'
Teguran yag bernada agak kasar dilantunkan.
Entah mengapa, dua sahabat yang telah sama - sama membesar, belajar, dan hidup di bandaraya Kuala Lumpur ini, sedang bergaduh kerana suatu benda yang remeh.
'Ko jage siket mulut ko tu!'
membangunkan diri, sambil menuding jari dengan mata yang marah.
Perbualan mereka itu telah lama berlangsung. Dan masih di teruskan. Adakah dengan senja sebagai permulaan, akan menjadikan senja juga pengakhiran??
Jam telah menunjukkan lebih dari 12 pagi. Apa yang mereka perisukan mesti suatu benda yang agak besar sehingga memakan banyak masa.
'&*$#!!!!!.. aku lagi rela mati dari cakap ngn ko lagi..'
'wahh, sampai macam tuh skali dieorang ni??'
monolog pelayan restoran itu.
'ko ingat aku nk sangat borak ngan ko.. malas aku borak ngn orang yang tak reti pike!'.
'bek aku mati jer dari jumpe ko lagi..'
'dipersilekan mampos!'
Mereka terus pergi dari tempat itu. Masing masing membayar untuk apa yang mereka hanya ambil aromanya sahaja, dan beberapa puntung rokok, dan terus pulang ke rumah masing masing. Jika awal senja tadi mereka datang dengan satu kereta, kini seorang kereta, seorang teksi.
Kaki menjejak rumah, terus ke katil dan turs melelapkan mata.
Disember 4,
Jam loceng berbunyi sebaik sahaja jarum panjang berada di atas 12 dan jarum pendek berada di atas 9. Tidurnya yang hanya 4 jam merasakan dia perlu terus menyambung tidurnya. Namun, apakah daya, terpaksa pergi ke kerja walaupun ramai dari rakannya masih melayan mimpi - mimpi indah.
'Aku terlebih sangat ke eh smalam??'
monolog nya sambil memikir hal semalam.
'hmm, smalam dalam kete die borak boleh gelak gelak lagi. skarang dh jadi camni la plak..'
merasakan dirinya bersalah pula kerana tidak menegur dengan cara yang betul.
'Ahh! takde nye aku nak mintak maaf kat orang cm die tu.. Dah lame kite buat hal same same.. skarang ko lagi layan betine tu dr aku...'
Dan terus ke kerja..
PULANG dari kerja. Malam telah menjelma. Bulan semakin jelas kelihatan di ufuk langit. Henset cuba dicarinya. Baru teringat yang dia tertinggal di rumah. Dan terus dicapainya sebaik sahaja tiba di rumah.
keypad di unlocknya.
1 new message
terus dibuka untuk dibaca nya.
From: raz.
'ni tak puas ati ape lgi nii..'
monolognya seorang diri..
8.30pm, 4 Dis,
Alfatihah..adek aku ptg tadi pukol 7 dah meninggal. Die dgn pompuan mane ntah accident ontheway nk hantar pompuan tu balek. Malam ni ade buat bace Yassin.. ko kawan baek die kn?? PLEASE la dtg. ajak lg sesape lagi kawan die. tq.-Abg kpd Raz,
henset terus di letak atas meja, memikirkan apa yang baru sahaja berlaku..
'eK?? smalm aku tgk die sehat je dok mara mara aku?? ape nii..'
(hampa mungkin??hmmm)
Innalillah.......
Menghadapah seorang hamba Allah bersama parut yang menjadi saksi amalan terakhirnya di dunia yang fana..
*
Satu lagi cerita... tak panjang kali ini..
Seorang Pakcik baru sahaja selesai* solat nya.
Dan kini sedang dibawa ke hospital.
Katanya terkena sakit jantung.
Pihak medik sedang cuba mengembalikan degupan jantungnya itu.
Walaupun kelihatan seperti suatu benda yang sia sia (kerana telah terlambat)
Kawannya pula berkata, dia baru sahaja selesai berjumpa dengan Boss dia. Dan dibuang kerja.
Tapi Telah ditenangkan lebih awal sebelum solat.
(rakan- rakannya telah lama tahu tentang penyakitnya itu)
tapi ramai yang bertanya sesama sendiri,
Katela time solat die tgh pike tak puas ati die tu kt Boss tghari td??
Innalillah...
Menghadaplah HambaNya ini, dengan penghujungnya ini.
***
Moga memberi sedikit sebanyak kebaikan kepada anda yang membaca
No comments:
Post a Comment