Monday, December 31, 2007

bermulalah sebuah teori,


Telah tamatkah ia?. Biarlah diri masing - masing yang mengukur sejauh mana iman telah di uji. Muhasabah dan amal. Dan bermulalah sebuah fasa yang baru. Untuk memberi, dari diberi.


Wallahualam.


untuk pengetahuan. blog ini akan berhenti buat sementara waktu ekoran dari ketidakmampuan saya untuk mengetaip.

Wednesday, December 19, 2007








SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA



MOGA SEJARAH NABI IBRAHIM DAPAT DIAMBIL IKTIBAR DALAM SETIAP UCAPAN 'SELAMAT HARI RAYA' KITA KEPADA SEMUA ORANG.

Tuesday, December 18, 2007

La yukallifuLLahu nafsan illa wus'aha,

Cuti akhir tahun a.k.a penguji iman tahunan pada tahun 2007 bakal menemui perngakhirannya. Dan kita seringkali ketika dalam fasa ini, akan menumui pelbagai jenis ragam manusia yang menjadi pengukur iman kita. Dan adakah kita melepasi ujian tersebut?



Antara tanda tanda yang boleh menjadi bahan ukuran iman kita ialah,



1)Adakah kita dapat konsisten dengan segala amalan hasanah yang seringkalinya hanya dilakukan dalam satu bi'ah yang dapat mendorong perbuatan tersebut?


i
Ingin sekali saya menyenaraikan semuanya. Namun, biarlah diri kita sendiri yang menila kebanyakannya. Dan kali ini, saya ingin berbicara sedikit, tidak banyak, hanya sedikit sahaja tentang apa yang telah saya nyatakan sebentar tadi.



Baiklah,



Kenapa saya katakan begitu? Memang tidak dinafikan bahawa apa yang kita lalui sekarang sememangnya menguji iman. Malah pada setiap detik yang berlalu, akan terujilah iman kita tidak kira di mana jua kita berada. Di sekolah(?) mahupun di rumah. Maka, sepatutnya, setiap detik yang berlalu, iman kita sepatutnya semakin menaik. Namun, kita tidak boleh lari dari fitrah manusia yang imannya tidak statik dan tidak mempunyai corak yang seragam. Arghh!!! jangan jadikan alasan pula!



Dan, kita juga dapat lihat, kebanyakan dari golongan mereka yang telah diberikan ilham dan hidayah Allah untuk berada di jalan ini, akan kecundang dalam fasa ini. Mengapa? Ada yang mungkin sememangnya tidak mahu berada di atas jalan ini. Dan ada juga yang tidak mampu menempuh arus dunia ini? hmm,



Wahai sahabatku, andai kata itu yang telah anta kemukakan, percayalah, berimanlah dengan sebuah ayat dari Al-Quran yang bermaksud,



''Allah tidak akan membebankan hambanya dengan sesuatu yang tidak mampu mereka pikul'



Saya percaya bahawa apa yang sedang kita lalui adalah sesuatu yang mampu kita tempuhi. Hanya kita sahaja yang tidak dapat melalui proses ini dengan cara yang paling elok. Andai kata ada yang mengatakan bahawa mereka seolah - olah merasakan yang satu dunia sedang memberi tekanan kepadanya, maka saya percaya bahawa mereka mampu melawan tekanan dunia ini.



Akhir kata, sememangnya, apa yang kita lalui sekarang, hanyalah secebis dari apa yang telah Allah sediakan sebagai marhalah untuk kita tiba di Jannatul Firdaus kelak. Kentalkanlah iman kita dengan himmah yang tinggi. Dan janganlah kita membiarkan diri kita seorang sahaja yang maju kehadapan. Tidak akan masuk seseorang itu kedalam syurga Allah seorang - seorang.
Dan atas sebab inilah , pada satu masa dahulu,bani Israil dilaknat Allah. Wallahua'lam...



Yang baik itu dari Allah..Andai kata apa yang kukatakan ini salah, tegurlah, dan bimbinglah, sepertimana merka yang hanya baru mengenal jalan ini..

Monday, December 17, 2007

Izzah!! ya ghuraba..

Masih jelas dalam ingatan. Ketika itu, saya sedang cuba untuk tidur. moga dengan tidur ini, esokku akan lebih bermanfaat ke jalanMu. Tidak terdaya. Mungkinkah dosa menghalang saya dari mendapat tidur yg seperlunya?



Entah mengapa, saya teringat beberapa kenangan yang telah saya lalui dalam masa 9 tahun yang lepas. Sangat lama. Dan ia sangat manis. Dan kesalnya saya. Atau sespatutnya bangga? Saya pilih untuk bangga dengan cara yang telah saya lalui. Bila teringat semua memori ini secara tak sengaja, saya mengambil keputusan untuk mengambil album foto yang terletak tidak jauh dari tempat tidur saya. Sedang saya mendekatkannya, sekeping foto terjatuh keluar dari album tersebut. Macam dalam drama pula. Saya hairan.

Foto tersebut, itu merupakan salah satu dari 'ikhwan' saya di sana. Satu keluarga yang disanjung tinggi oleh saya kerana beliau merupakan seorang yang mampu menjaga segala suruhanAllah di satu tempat yg mempunyai bi'ah yang melemahkan semangat. Boleh kata ketika iman saya masih pada tahap yang amat mentah itu, bila - bila masa sahaja ia akan tergadai.

Namun, dek masa terus berlalu, di dulu dan kini telah pusing 180 darjah. Saya dapat melihat di mana iman mereka dihakis dikala ujian melanda. Saya melihat mereka semakin dikaburi dengan tawaran dunia. Dan aku yang melihat? Aku yang menilai?!. Kadangkala bila dlihat dunia ini, yang penuh dengan maksiat, semunya sibuk dengan mengaut dunia, kita terasa diasing? Dan kadangkala pula, hilangnya izzah kita dengan apa yang sedang kita pegang. Na'uzubilLahiminzalik.

hmm. i wonder,

Allah telah pilih kita untuk berada di atas jalan ini. Walau sehebat mana pun di mata mausia, namun bukan itu nilaian yang dikira untuk ke syurga. Kadangkala iman sendiri juga tergugat dengan nilaian mata manusia. Dan seringkali ia berlaku ketika iman ini keseorangan. Tiada penguat semangat. Janganlah ketika ini, kita mencari penawar dunia. Janganlah kita menjual thabat hati ini kepada nafsu syahwat. Janganlah kita biarkan kebodohan menjauhi fitrah jalan ini.

Beriman bukan sekadar teori. Dan bukanlah omongan tentang kehebatan tarbiyah.
wallahua'alam,

dan saya terus melenakan diri bila sedar masa melewati kehendak diri. ..

Monday, November 26, 2007

fitnah nya.... kepada siapa??

dulu, kini dan selepas ini..







Hampir 1400 tahun dahulu, cahaya yang kita ada, masih pada tahap benih. Benih bukan sebarangan benih. Kemungkinan itulah peringkat benih yang paling subur. Dan ia terus membesar dengan subur. Andai kata dijual, TIDAK!!!!Tidak akan ia dijual sungguhpun satu dunia ini sebagai tawaran.. Dan aku sanggup bermandikan darah mempertahankannya..





Namun apa yang saya lihat sekarang, seringkali saya berasa keliru.


Siapa yang perlu dipersalahkan atas fitnah yang semakin lama semakin menular dikalangan kita? Ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh, dipandang dengan sebelah mata, atau diasingkan dari apa yang sedang kita lakukan pada setiap hari. Jika dulu,





Puasa dikatakan menguatkan badan. tapi ia kini menjadi penghalang bagi melakukan sesuatu dengan segala kudrat yang ada. Mungkin ini hanya menular di kalangan orang orang kita sahaja. Harap - harap.



Namun, terdapat sesuatu yang saya tertanya - tanya setiap kali terlintasnya ia di hadapan salah satu deria saya. Islam yang kita anuti ini dalam keadaan di fitnah. kenapa? Contoh? Di mata dunia, Islam di anggap sebagai pengganas. Kenapa? Mungkinkah salah langkah dari segelintir
mereka yang ingin menegakkan Islam kembali? Atau hanya sekadar propaganda yang diberi impak yang sangat hebat.?



Oh ya, bercakap tentang poropaganda, mungkinkah propaganda itu disebar oleh mereka di kalangan kita? atau di kalangan mereka?Hmmm, Jika kita lihat di rangkaian televisyen yang ada, terutamanya saya ingin fokuskan kepada filem - filem hollywood yang mendapat sambutan dari kalangan kita. Mereka juga turut menggunakan 'title' Islam adalah pengganas. Namun begitu, siapa yang perlu dipersalahkan?

Apabila mereka melihat adegan adegan yang berkaitan dengan perkara itu, Mungkin mereka akan mencaci pihak penerbit kerana membenarkan adegan sebegitu ditayangkan. Mencaci pengarah kerana bermain dengan isu sensitif.

Maka di sini, saya ingin sekali mengajak kita semua berfikir. Fikir apa? Fikirlah tentang mengapa ini semua berlaku. Dan bila buah fikiran mula terhasil, bagi setiap perkara yang difikirkan, dan kepada siapa ingin dilontarkan, selalulah berbalik kepada diri kita. Dan bagi setiap komplikasi yang dihadapi, sentiasalah merujuk. Merujuk??!

Ingatlah, bagi setiap yang berlaku di hadapan kita, yang menjadi fitnah kepada orang lain, perkara lain, akan ditanya. Maka bersedialah..

Monday, November 19, 2007

sejauh mane langkahku??


Wah!! sudah lebih dua minggu diri ini tidak mendapat bi'ah seperti bulan bulan yang lepas.

Diri yang selama ini telah menjalani tarbiyah yang berkesan, di tambah nya lagi dengan suasana yang mendorong diri ini untuk terus komit dengan apa yang dibawa selama ini.

Dengan itu, lahirlah sebuah azam. Azam yang akan menentukan setiap langkah dan halatuju ku di tempat yang mempunyai bi'ah yang berlawanan dengan apa yang telah diri ini lalui.


Seperti yang dijangkakan, azamku begitu mudah luntur. Dan ia sedang luntur. Dan makin luntur. Semakin malap. Dan apa yang saya paling takut, ia akan hilang.


'' Ya Allah, andai kata diri ini telah dilahirkan untuk mengenali diriMu, dan Kau memberiku peluang untuk terus mendalami apa yang telah dibawa oleh utusanMu. Maka Kau berikanlah aku peluang untuk terus membawa apa yang telah Kau berikan kepadaku. Atas dasar ini, biarlah aku berjalan di atas bumi ini dengan namaMu. DAN BEKERJA DEMI AGAMAMU. Dan aku sedar, aku tidak mampu untuk melakukannya bersendirian, menongkah arus duniawi ini sendiri. Maka Kau kurniakanlah kepadaku, ikhwah yang mampu membantuku. Dan jadikanlah kami bertemu demi Mu, Moga moga kami akan bertemu sekali lagi di syurga firdaus, tempat yang dijanjikan bagi para anbiya', para syuhada', dan mereka yang soleh.




''YA ARHAMAR RAHIMIN

YA ARHAMAR RAHIMIN

YA ARHAMAR RAHIMIN


IRHAMNA''


amin ya RABBAL ALAMIN

Tuesday, October 9, 2007

sekitar 1-5/10/07.... dan selebihnya

Sudah hampir sebulan tarikh tarikh tersebut meninggalkan kita semua. Bagi setiap individu yang berjalan di atas bumi ini, pastinya masing masing mempunyai cara sendiri untuk menghabiskan waktu 24 jam sehari. Seiringan dengan itu, pastinya fikiran kita akan memikirkan segala yang telah berlaku ketika itu. Ada yang berkonsepkan 'akan', ada juga yang memikirkan yang 'sedang', dan ada juga yang memikirkan yang 'lepas'. tidak kurang juga, ada yang memikirkan semua sekali. Bagi seorang hamba Allah, dia cuba untuk mengalpakan dirinya dengan semua ini.. .





........................................................................................................................................................................











Sebagai seorang warga Malaysia yang lahir pada tahun 1992, tarikh tarikh tersebut merupakan tarikh yang mendebarkan, merisaukan, memenatkan, dan paling penting sekali, mampu menambahkan saham ke syurga kelak. Ketika ini, pastinya ramai yang berkeliaran di merata rata tempat dengan buku di tangan, bersengkang mata di tengah malam, mengeluarkan kata kata 'PMR weih..blaja blaja blaja..','cuak ^%$#@!!!', 'esk ape??'. Kurang sangat yang akan berkata sebaliknya.











Namun,




apa yang saya alami, entahlah. patutkah saya merasa sebegini?? Tidak perlu di fikir fikirkan lagi. segala telah lepas. Menjadi satu memori yang mampu menambah saham seseorang. Sekarang, terdapat benda yang lebih penting yang perlu difikirkan.





Sebentar,





apakah yang perlu diutamakan setelah penilaian menengah rendah selesai? urusan yang manakah yang perlu diutamakan?? Sepatutnya, soalan soalan ini sudah terjawab sejak dulu lagi. cuma harapan saya, moga moga apa yang telah dirancang adalah betul..





Sedar tak sedar, berakhirnya sesi pembelajaran akedemik saya pada tahun ini. Secara amnya, berakhirnya sesuatu yang kini hanya akan menjadi bekalan di hati supaya tidak terpesong, tersungkur, dan tetap konsisten dengan apa yang sepatutnya..



Pengakhiran tersebut, telah merumitkan lagi kepalaku. Peningnya, barangkali sama ataupun lebih dari apa yang calon spm sedang alami.. Pilihan yang sukar di exact kan. Lebih sukar dari membuat pilihan untuk buat apa selepas spm.. pilihan yang bakal mencorakkan hidup saya mulai Januari depan.. bukan kepalang untuk menterjemahkannya dalam perkataan. kesakitan yang jelas di hati.. sukar di ubati.. hanya Dia yang mengetahui...

hmmm....

biarlah... jalan yang ada di depan ini, sudah jelas. Sudah pasti, sudah terang, tiada keraguan tentangnya. Apakah ia masih menjadi masalah bagi diri ini? Dan sudah pasti, ia bukanlah lagi pilihan tapi kemestian. keperluan, bukanlah kehendak. mengapa perlukan keraguan tentangnya lagi??.....


sekian,




ilal madrasatul hayah~

Friday, September 28, 2007

cukupkah dengan dial-up shj??

Sudah hampir tiga tahun. Tiga tahun saya mengdownload segala yang perlu. Lama bukan? Jika dibandingkan dengan mereka yang mampu melakukan perkara yang sama dalam jangka waktu yang lebih singkat.

Berbekalkan connection dial-up, agak kekok sedikit bagi diriku untuk mendapatkan hasil yang sama dengan mereka yang menggunakan streamyx. Tambahan pula, seringkali proses ini terputus hubungan....

'susah bangat sihh!!'

namun... terubatnya keluhan tersebut dgn sedikt reminder yg 'pop-up' di medan download tersebut....

'kalau tersekat kt sini xde gunenye....'





''Kelajuan kita bergerak tak penting..

bergeraklah dengan tahap kemampuan''

pmr.... spt yg di rancang.....

apa akan jadi sekiranya seseorang itu meletakkan pmr sebagai matlamat utamanya????

Saturday, September 15, 2007

masanya telah tiba....

'Allahumma ja'alna minan najihin....'


coming up,

trial,
proses meng'hibernate' otak....
PMR...............

slps itu,,,


'KERJA'







bwtulkah perancanganku ini??

Thursday, September 13, 2007

ramdhan??

Ramadhan sudah tiba...
membawa 1001 perubahan...
tp
adakah aku masih di takuk yg lama??
bantulah diri ini..

mata-numb's- kenapa?

sebuah artikel dengan intro yang karut.....cukup karut untuk membuat anda berfikir(jika mahu)
------------------------------------------------------------------------------------------------

hari itu, hari rabu. Baru je balek dari sekolah. Sebaik sahaja masuk ke dalam rumah, perasaan risau menyelubingi diriku. Takut. Risau. Takut akan azam diri ini tak sekuat kehendak. Risau akan niat di hati digugat dengan ujian iman.



Tiba tiba.. pandanganku tertarik kepada apa yang terpapar di kaca tv rumah. Kalau tak silap, masa tu, tengah tayang cerita numb3rs kot. Tak pasti samada premiere atau ulangan. Tapi yang pastinya saya belum pernah menonton episod itu.



Episod kali ini mengisahkan tentang kes pembunuhan bersiri yang dilakukan oleh seorang mak atas dasar untuk membalas dendam terhadap perbuatan terkutuk oleh suaminya terhadap anaknya(kalau tak silap,nama anak dia Susan kot). Rentetan daripada itu, perempuan tersebut telah mencari lelaki lelaki yang sejenis dengan suaminya itu di ruang chat online.



Setelah berjumpa dengan lelaki tersebut(kebiasaannya di sebuah rumah kosong) Mak tersebut akan mengikat lelaki tersebut di atas kerusi. Kemudian memaksa lelaki tersebut mengaku telah melakukan perbuatan terkutuk dengan perempuan yang bawah umur. Kebiasaannya lelaki yang diikat itu tidak akan terus mengaku. Maka mak tersebut akan memaksa lelaki tersebut sehingga dia mengaku. Cara paksaan tidak dapat ditunjukkan kerana cerita tersebut berlabel U. Lepas pengakuan dibuat, mak ni pun bunuh terus lah. Oops, maaf. Lupa untuk saya sebutkan yang sepanjang proses pengakuan itu, ia(salah tatabahasa ni) dirakam dan di upload ke internet secara live.



Bukannya saya nak ceritakan tentang pembunuhan ni. Cuma sewaktu pembunuhan tu kantoi ngan FBI.. saya tertanya tanya semasa dialog antara dua pihak ni.. lebih kurang macam ni la

'' one more step near me and he's done' kate mak tersebut. sambi menyentuhkan satu pisau sayur di leher lelaki tersebut.
"elline, u dont wanna do this.. think about ur children,
they dont want you to be like this." minah FBI tu berkata.
"they deserve to have this.. After what they did. Even if I do let him go, ill end up dead by you guys."
"stop it Elline. Nobody's gonna be dead here and he'll be end up in jail. and i dont think theres other thing better than that."



cukuplah stakat tu. main pointnya, semasa Elline menyentuhkan pisau tersebut dileher lelaki tersebut. satu persoalan terlintas di kepala yang sedang tepu dengan apa yang bakal dihadapi dua minggu lagi.

"kenape dia tak cocok je mate lelaki tu...??"

Ade ke patut dia buat macam tu. Tak bes la nanti. Kalau semua cerita macam tu, sekejap je dah habis la. tibe je lps tu byk pulak soklan tertanya tanya.. Ade yang karut,ade yang mampu buat diri ini tersengih sorang sorang, dan kebanyakannya adalah soalan yang berkaitan dengan kepentingan semasa. Tetapi satu soalan yang akan membuat diri seseorang itu 'merenung' bagi satu tempoh yang lama. Semuanya bergantung pada individu masing masing.



Mata.. pintu utama diri kita bagi menghubungi dunia. jika 4 deria yang lain tak berfungsi. Bukanlah nak kata tak kisah cuma. antara semua, rasanya matalah yang paling berharga. Mungkin sebab orang macam saya ni Allah dah tarik sedikit nikmat mata ni. kerana itu,mungkinkah ia membuat saya lebih menghargainya??



satu ciptaan yang sunguh seni, tapi padat. "mengapa Allah menciptakan organ yang membuka dunia seseorang tu kecil, PADAT? fragile pulak tu.."

(ape nii, nk citer psl bende kecik ni pon, intro punye la pnjng.. dhla xde kaitan!!!) yeke??
ikut suka hati anda. Mana tahu kalau baca baca balek jumpe bende lain yang lebih bagus??


Mungkin di sini, isi yang ingin disampaikan adalah satu persoalan. Satu persoalan yang akan meng'complicate'kan lagi otak. tidak suka?? tidak mengapa. maka persolakanlah segala kunci bersoalan yang pernah terlintas di fikiran setiap manusia di dunia ini.

KENAPA??

sekian lama menunggu...

Terima Kasih kerana masih membenarkan hamba melaluinya sekali lagi
walaupun sekali,
jikalau ini yang terakhir,
Kau bantulah aku untuk melaluinya dengan baik.

amin..

Wednesday, September 12, 2007

merdeka eve

Im settled with all my stuff,
followed by a minor movement from the legs,
multipying with uncountable steps,
doing something i thought was right.

And there i was,on the pavement grey,
as my sight was distracted.
On the other side of the road,
there stood a kid,
held by his 'mother',
then my ears heard the voice,
Gudging by his tone,
the voice of enjoyment,
the kid was enjoying for sure,
the tone,
the rythm,
the song,
the singer (probably?),
a disturbant from the heart"what can be sang at its eve?"
my look ends with a glimps of smile.

As the road diverges.
my step fell on the muddy road,
i walk without light,
my sense is down to four,
there,my ears heard it,
two guys,
babling in the bushes,
im worried,
deep down,
'On such eve,on such time,WHY?'

the muddy,is now,
the rocky.
Barely manage to through the road.
There, an unpleasent sight.
yet,
Normal,
a sight seeing.
enjoyed by many nowadays youth.
"I still dont get it,WHY??!!!"

my heart tried to cry...
Till now,
i realised..
too much questions are raised,
and left,
sank,
to the bottom,
for the last,
till the time im ready,
just to answer them all,
BUT WHEN????

kepada.. selain diriku....

maaf semua..

nii akan menggantikan yg sebelum ni...