Monday, May 26, 2008

akhir kita,




(pastikan anda menonton klip ini sebelum meneruskan bacaan)




DI atas merupakan sedutan dari satu movie, yang diadaptasi dari sebuah novel. Kebanyakan dari kita akan mula menitiskan air mata dengan peleraian filem ini. Biasalah, babak sedih. Saya berasa begitu kagum bagaimana sesuatu babak yang tiada kaitan dengan penonton itu, mampu menyentuh dalaman mereka sehingga menitiskan air mata. Di tambahnya lagi dengan background music, maka mesej sebegini, lebih mudah disampaikan. Kadang kala sesuatu benda seperti ini dikatakan sebagasi satu benda yang sia - sia, lagha, dan tidak perlu di sibukkan sangat kerana, secara zahirnya, tidak kelihatan sesuatu yang amat perlu bagi waqi' kita.


Namun begitu, pandanglah segala apa yang ada ada sekeliling kita dengan mata yang mencari tarbiyyah islamiyyah. Jika kita lihat di klip diatas, alangkah baiknya, jika kita dapat menitiskan airmata, yang mendekatkan kita dengan Allah s.w.t. Satu benda yang kita sertakan dengan perasaan risau di dalam hati yang dicampur dengan perasaan sedih dan syukur. Dan inilah perasaan yang sepatutnya ada pada seorang yang bergelar muslim, dan dai'e secara khususnya.


Jika kita lihat, Maria merupakan seorang muallaf yang telah bergaul dengan kehidupan orang muslim. Dan akhirnya dia memeluk Islam kerana perkahwinan (adakah lebih sesuai ditulis disini dia menerima hidayah?). Maka satu persoalan yang timbul. Adakah kita sendiri, ingin menunggu sehingga saat - saat sebegini , baru ingin mendapat hidayah? KETAHUILAH! hidayah itu tidak akan datang melainkan dengan usaha manusia itu sendiri. Namun, Jika Dia mengkehendakinya, siapa yang mampu menghalang?


Risau. Bagaimana mengadaptasi sedemikian perasaan?


Jika dilihat, meninggal dalam keadaan seorang yang muallaf, dan dalam keadaan solat, apakah kita tidak merasakan sesuatu di dalam sanubari? RISAULAH! Risaulah kamu dari sekarang. kerana kita sendiri tidak tahu bila ajal akan datang menjemput kita. dan alangkah malangnya kita, sekiranya kita dijemput dalam keadaan kita sendiri, sedang lalai, walaupun sebentar. Dan berdoalah, bersedialah, dan terus beramal agar kita sendiri dapat terus thabat di jalan ini. Dan jika gugur, moga - moga tidak gugur di simpang - simpang jalan tersebut.


Bagaimana pula dengan sedih? Apakah yang ingin di sedihkan???


Bersedihlah kita kerana tidak ramai yang mampu merasakan apa yang kita rasakan di dalam setiap apa yang kita lihat. Kasihan kita melihatkan mereka yang tidak diberikan sedikit cahaya untuk terus berada di jalan yang benar. Dan amatlah sedih jika kita tergugur, dan na'uzubillahiminzhalik, jika kita menolak diri dari menerima hidayah.

Risalah pendek ini sebenarnya hanyalah sedikit luahan hati yang saya cuba untuk menterjemahkan ke dalam perkataan. Kadang yang tersirat itu hanya Allah sahaja yang mengetahui. Dan juga mereka yang mencari.

No comments: