Tuesday, May 27, 2008

Agenda dunia.

Sebaik sahaja kita membuka mata, apakah yang kita fikirkan? Mimpi yang telah kita alami sewaktu tidur? Atau hanya termenung, berangan - angan tentang suatu fantasi. Namun kebanyakan dari kita akan memikirkan tentang apa yang akan di buat selepas itu. Seolah olah menyusun jadual hari itu, dari saat itu sehingga tidur kembali secara spontan.
Itulah dunia. Semakin hari, semakin sarat dengan agenda individu masing - masing. Kemana hala tuju agenda mereka? Jika tidak kepada Allah, maka ia adalah sekadar memenuhi kehidupan seharian yang tidak akan menjadi lebih daripada rutin. Alangkah ruginya kita, mensiakan peluang dari memperoleh pahala seorang saudagar niat, kepada seorang yang membazir masa dengan rutinnya yang menjadi tabiat sahaja.
Jika kita berdiri di tengah bandar yang sedang sesak, mereka yang disekeliling kita, berjalan, berlari, merangkak? Masing masing ada hala tuju masing - masing. Mempunyai kehidupan masing - masing. Dan dari kalangan mereka itu, hanya berapa kerat sahaja. Dan ini bisa jelas kelihatan. Bagaimana? Boleh sahaja difikirkan bagi mereka yang mencari (adakah anda dari golongan yang mencari?)
Bila kita yang memerhati, dan perasan bahawa perkara sebegini sedang berlaku. Apa yang kita lakukan? Di sinilah peranan kita dalam mengagendakan mereka, demi menghadapi dunia, untuk akhirat. Bagaimana kita hendak bermula? Dari mana?
Segalanya bermula dari diri sendiri. Sekiranya diri ini inginkan pengakhiran yang menyenangkan, maka perlulah bermula dari sekarang. Mereka yang bertangguh, akan myusahkan orang lain, dan bermain dengan diri mereka sahaja. Hanya ada dua pilihan, neraka, atau syurga. Dari itu, coraklah kehidupan kita sehingga mati, untuk salah satu dari itu.



No comments: