‘TAGHYIR’ adalah perkataan dalam bahasa Arab, membawa maksud ‘perubahan’. Justeru penyertaan lapan anak muda dari Sekolah Menengah Islam Hira, Batu 18 Jeram, Kuala Selangor yang tampil buat kali pertama di Karnival Futsal i-Metro, Zon Tengah bertekad untuk membawa impak perubahan kepada pasukan itu.Biarpun tidak mendapat bimbingan daripada jurulatih, pasukan yang dikenali Taghyir FC itu dibarisi lapan pemain bertekad menyempurnakan misi serampang dua mata.Bagi kapten pasukan, Amirul Aiman Muhammad Kamal, 18, berkata dia mahu memastikan barisan Taghyir FC dapat mempamerkan bakat masing-masing selain membuktikan tiada halangan dalam bersukan biarpun bergelar tahfiz Al-Quran.
Menyedari setiap pemain pasukan itu mempunyai bakat terpendam, Amirul sedar hanya dengan menyertai pertandingan dapat membuka minda setiap pemain terhadap kemampuan mereka.
“Maksud Taghyir adalah perubahan. Kami mahu membawa perubahan dalam diri kami dan juga corak permainan kami. Kalau boleh kami mahu melangkah ke Grand Final dan muncul juara Zon Tengah.“Biarpun tanpa bantuan jurulatih, kami yakin boleh berjaya kerana kami mempunyai skil dan kelebihan sendiri,” kata Amirul yang pernah terpilih untuk menjalani latihan futsal negara bawah 20 tahun.Katanya, biarpun tidak dapat membarisi pasukan itu kerana melepasi had umur yang dibenarkan, dia akan tetap memberi sokongan pada kepada pasukan berkenaan.“Pemain pasukan ini menjalani latihan setiap hari. Mengikut jadual asrama, setiap pelajar akan bangun pada pukul empat pagi untuk sembahyang tahajud dan selepas itu, kami beramai-ramai akan turun menjalani latihan.“Biarpun tidak di atas gelanggang sebenar, asalkan ada ruang untuk bermain bola, kami akan turun berlatih. Tak kisah di atas jalan raya atau rumput,” katanya. Namun penyertaan mereka tidak semudah yang disangkakan apabila dua pemain pasukan itu terpaksa menarik diri kerana mempunyai komitmen dengan kegiatan sekolah. Begitupun, perkara itu tidak mematahkan semangat mereka untuk berjuang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment